Pembangun berasal dari Vietnam cuba mengelak daripada dikesan Google.
Penyelidik keselamatan dari ESET bernama Lukas Stefanko telah mendedahkan penemuan 42 aplikasi Android yang ditawarkan di Google Play Store sebenarnya membawa perisian hasad iklan di dalamnya.
Hasil daripada penyiasatan mendalam olehnya, beliau mendapati pembangun aplikasi-aplikasi tersebut mencuba pelbagai cara termasuklah menipu bagi mengaburi dan mengelak daripada dikesan oleh pihak Google.
Aplikasi-aplikasi itu didapati dimuatkan dengan perisian hasad iklan bagi membolehkan pembangunnya memperoleh keuntungan mudah menerusi paparan lambakan iklan dan simulasi palsu klik pada iklan yang kononnya dilakukan oleh pengguna peranti Android.
Perisian hasad ikaln yang terdapat pada aplikasi-aplikasi tersebut secara automatik akan aktif apabila peranti Android yang terjejas dihidupkan.
Berikut adalah senarai 42 aplikasi tersebut dan jumlah ulang muat turun yang telah dibuat oleh pengguna Android di seluruh dunia:-
| com.ngocph.masterfree | 5,000,000 |
| com.mghstudio.ringtonemaker | 500,000 |
| com.hunghh.instadownloader | 500,000 |
| com.chungit.tank1990 | 500,000 |
| com.video.downloadmasterfree | 100,000 |
| com.massapp.instadownloader | 100,000 |
| com.chungit.tankbattle | 100,000 |
| com.chungit.basketball | 100,000 |
| com.applecat.worldchampion2018 | 100,000 |
| org.minigamehouse.photoalbum | 100,000 |
| com.mngh.tuanvn.fbvideodownloader | 100,000 |
| com.v2social.socialdownloader | 100,000 |
| com.hikeforig.hashtag | 100,000 |
| com.chungit.heroesjump | 100,000 |
| com.mp4.video.downloader | 100,000 |
| com.videotomp4.downloader | 50,000 |
| boxs.puzzles.Puzzlebox | 50,000 |
| com.intatwitfb.download.videodownloader | 50,000 |
| com.doscreenrecorder.screenrecorder | 50,000 |
| com.toptools.allvideodownloader | 50,000 |
| com.top1.videodownloader | 10,000 |
| com.santastudio.headsoccer2 | 10,000 |
| com.ringtonemakerpro.ringtonemakerapp2019 | 10,000 |
| com.hugofq.solucionariodebaldor | 10,000 |
| com.anit.bouncingball | 10,000 |
| com.dktools.liteforfb | 10,000 |
| net.radiogroup.tvnradio | 10,000 |
| com.anit.bouncingball | 10,000 |
| com.floating.tube.bymuicv | 10,000 |
| org.cocos2dx.SpiderSolitaireGames | 5,000 |
| games.puzzle.crosssum | 5,000 |
| dots.yellow.craft | 5,000 |
| com.tvngroup.ankina.reminderWater | 5,000 |
| com.hdevs.ringtonemaker2019 | 5,000 |
| com.carlosapps.solucionariodebaldor | 5,000 |
| com.mngh1.flatmusic | 5,000 |
| com.tvn.app.smartnote | 1,000 |
| com.thrtop.alldownloader | 1,000 |
| com.anthu91.soccercard | 1,000 |
| com.hugofq.wismichudosmildiecisiete | 1,000 |
| com.gamebasketball.basketballperfectshot | 1,000 |
| com.nteam.solitairefree | 100 |
| com.instafollowers.hiketop | 1 |
Daripada jumlah tersebut, 21 daripada telah dilaporkan oleh penyelidik kepada pihak Google dan telah pun ditarik keluar dari Play Store.
Sungguhpun Google telah respon dan membuang sebahagian daripada aplikasi-aplikasi tersebut tetapi sebahagiannya pula didapati masih ditawarkan di laman Google Play Store.
Malah kesemua aplikasi yang dinyatakan masih ditawarkan di stor Android pihak ketiga.
Jadi, jika terdapat aplikasi yang disenaraikan di sini ada dipasang dalam peranti Android anda, anda dinasihatkan membuangnya dengan segera.
P/s: Penyelidik ada memaklumkan, pengguna peranti iOS tidak terjejas dengan aplikasi-aplikasi yang tersenarai di sini yang sebahagiannya turut ada ditawarkan di Apple App Store.




















