Dikemaskini pada 2 April 2018.
Pilhan iPhone jika bajet anda di bawah RM2000.
Ketika ini, jika anda inginkan iPhone yang berharga bawah dari RM2000.00, hanya terdapat 2 pilihan yang boleh dipilih dari pusat jualan bertauliah Apple iaitu iPhone 6 dan iPhone SE.
iPhone 6 diperkenalkan pada September 2014 dan telah ditamatkan pengeluarannya pada September 2016. iPhone 6 memang sudah tidak dijual di laman web rasmi Apple. Tetapi anda masih boleh membeli peranti tersebut dari pusat-pusat jualan bertauliah Apple.
Manakala iPhone SE pula mula diperkenalkan pada Mac 2016. iPhone SE juga sudah ditamatkan pengeluarannya bermula Mac 2017 lalu. Tetapi ia masih dijual oleh Apple di laman web rasmi dan oleh penjual-penjual bertauliah mereka . Jadi bolehlah dikatakan peranti iOS ini masih agak baru.

Memang jika dilihat pada harga, iPhone 6 adalah lebih murah (kurang RM250) berbanding iPhone SE. Tetapi adakah anda ras pembelian iPhone 6 lebih berbaloi dari iPhone SE? Bagi menentukan sama ada pembelian anda berbaloi atau tidak, mari kita lihat spesifikasi antara 2 peranti tersebut.
| Spesifikasi | iPhone 6 | iPhone SE |
| Warna | Gold, Silver, Space Gray | Gold, Silver, Space Gray, Rose Gold |
| Cip pemprosesan | A8 dengan M8 motion co-processor |
A9 dengan M9 motion co-processor |
| Storan | 32GB | 32GB dan 128GB |
| Skrin | Retina HD 4.7″ 1334×750-piksel resolusi pada kadar 326 ppi (piksel per inci) | Retina 4″, 1136×640-piksel resolusi pada kadar 326 ppi (piksel per inci) |
| Kamera Belakang |
|
|
| Kamera Hadapan | 1.2 megapiksel | 1.2 megapiksel |
| Lain-lain | Touch ID | Touch ID |
| Harga | RM1499.00 | RM1749.00 |
Jika dilihat pada pada spesifikasi kedua-dua iPhone ini, perbezaan yang paling ketara adalah saiz paparan skrin iPhone 6 yang sedikit besar iaitu 4.7″. Selebihnya adalah hampir sama dan sedikit kelebihan ada pada iPhone SE.
Beli iPhone SE bukan iPhone 6
Seperti yang diberitahu pada awal tadi, iPhone SE mula diperkenalkan pada Mac 2016. Jadi usia peranti ini hanya baru hendak memasuki 2 tahun sahaja. Sebaliknya perkakasan yang digunakan pada iPhone 6 sudah berusia lebih daripada 3 tahun di mana ia telah diperkenalkan lebih dulu iaitu pada September 2014.
Ini menjadikan iPhone 6 terlebih dulu akan disenaraikan sebagai produk vintaj dan usang oleh Apple. Apple kebiasaannya akan mengklasifikasi sesebuah produk mereka sebagai vintaj apabila ia sudah berusia lebih dari 5 tahun dan kurang dari 7 tahun selepas ia ditamatkan pengeluarannya.
Anda boleh menyemak senarai penuh produk-produk Apple yang telah diklasifikasikan sebagai produk vintaj dan usang di sini.
Untuk pengetahuan anda, iPhone SE juga menggunakan perkakasan yang sama digunakan pada iPhone 6s dan 6s Plus iaitu cip pemprosesan A9 yang lebih berkuasa berbanding iPhone 6 serta kamera yang mampu merakam video bersaiz 4K.
Malah menurut hasil dapatan data dari Indeks kepuasan pengguna Amerika Syarikat (ACSI) mendapati, iPhone SE telah menerima rating tertinggi dalam indeks kepuasan hati pengguna bagi tahun 2017.
Kesimpulannya
Jelas di sini, kelebihan dari segi perkakasan dan ciri-ciri yang ada adalah pada peranti iPhone SE berbanding iPhone 6 yang sudah lebih berusia. Malah iPhone SE juga adalah lebih pantas dari iPhone 6.
Cuma saiz paparan skrin iPhone 6 sahaja yang menjadi kelebihan iaitu bersaiz 4.7″, sedikit besar berbanding iPhone SE. Tetapi jika saiz skrin menjadi keutamaan anda, iPhone 6 lah pilihannya. Tetapi AriffMac tidak syorkan dengan pilihan tersebut.
Buat masa ini, hanya 2 peranti iPhone terdahulu ini sahaja yang masih boleh anda beli dari pusat jualan bertauliah Apple atau dari laman web rasmi Apple (bagi iPhone SE) di bawah harga RM2000.00. Pilihan saiz storan dan warna bagi kedua-dua model iPhone ini juga mungkin terhad. Bergantung kepada selagi stok masih ada.
Setiap pembelian iPhone ini juga akan didatangkan bersama sistem operasi terbaru iaitu iOS 11.
P/s: Harga terbaru iPhone 6 kini telah diturunkan kepada RM1299.00 sahaja. Walaubagaimanapun, pada pendapat peribadi AriffMac sendiri, ia masih tidak berbaloi dibeli. Selain itu, harga iPhone 6s Plus juga telah diturunkan kepada RM2099.00. Anda boleh menyemak harga terbaru peranti iPhone seperti di laman web rasmi penjual bertauliah Apple Switch.















Klw iphone 6s dengan se…mana lagy bgus?
Dari segi perkakasan dan keupayaan, kedua-duanya adalah sama contohnya mampu rakam video 4K, cip A9 dan Touch ID. Cuma perbezaan paling ketara adalah saiz skrin iaitu 6s bersaiz 4.7″, manakala SE bersaiz 4″. Selain itu kamera hadapan 6s adalah 5MP dan SE pula 1.2MP sahaja.
Harga 6s pula bermula dari RM2249, SE bermula dari RM1749. Jadi, klu nak skrin besar amiklah 6s. Tetapi SE lebih sedap selesa dipegang.