Didakwa hanya 6 buah Macintosh Portable sahaja yang masih wujud sehingga kini.
Pihak Macrumors telah mengkongsikan sebanyak 6 buah foto yang dipercayai adalah prototaip komputer riba terawal Apple Macintosh, Macintosh Portable M5120 yang diterima daripada Sonny Dickson.
Model protoaip ini dihasil daripada plastik lutsinar yang sudah dipulihkan semula. Didakwa, hanya 6 buah model komputer riba terawal Apple ini sahaja yang masih wujud sehingga kini.
Macintosh Portable pertama kali diperkenalkan pada September 1989 dan ia berharga USD6,500 atau USD7,300 (jika bersama pilihan hard drive).
Komputer riba ini juga merupakan Mac pertama yang dikuasakan dengan bateri lead-acid dan seberat 7.25Kg.
Baterinya mampu membolehkan Macintosh Portable beroperasi antara 8 hingga 10 jam setiap kali dicas penuh.
Apple ada mengeluarkan 2 model Macintosh Portable iaitu M5120 (Original) dan M5126 (Backlit).
Walaubagaimanapun, disebabkan harganya yang terlalu mahal, ia tidak menerima sambutan daripada pengguna dan Apple menamatkan pengeluarannya pada Oktober 1991.
Ia kemudiannya digantikan dengan model Macintosh PowerBook 100 pada Oktober 1991.














