Laman web Apple akan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya?

1
Laman web Apple akan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya?

Bahasa Malaysia mungkin akan digunakan sepenuhnya di laman web Apple Malaysia.

Ketika sedang melayari laman web Apple baru-baru ini, AriffMac perasan terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh pihak Apple Inc. terhadap laman web mereka. Perubahan yang paling ketara adalah di bahagian pengurusan akaun Apple. AriffMac dapati laman muka ‘Manage your Apple ID’ telah menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya sebagai bahasa pengantara.

Adakah ini bermakna Apple/my bakal menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya di laman web Apple Malaysia nanti, tidak pula dapat dipastikan. Tetapi kebarangkaliannya adalah besar memandangkan Apple/id (Indonesia) telah lebih dulu menggunakan bahasa Indonesia sepenuhnya dalam laman web rasmi Apple Indonesia. Buat masa ini yang AriffMac kesan adalah hanya di laman muka ‘Manage your Apple ID’ sahaja yang telah menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya. Pada laman muka Apple Malaysia yang lain tiada sebarang perubahan bahasa dibuat, masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama.

Anda boleh layari laman web Apple mengikut negara yang anda duduki.

AriffMac yakin tidak lama lagi laman muka Apple Malaysia bakal menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya nanti dan permulaanya adalah dari laman muka ‘Uruskan akaun Apple anda‘

Load More Related Articles
Load More By ariffbukhari
Load More In Lain-lain

One Comment

  1. Bahasa Malaysia Akan Digunakan Sepenuhnya Pada Laman Web Rasmi Apple Malaysia? - Apple User Group (Malaysia)®

    May 30, 2017 at 7:00 pm

    […] Sumber artikel: AriffMac […]

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also

Acara Istimewa Apple secara rasminya akan berlangsung pada 12 September 2017

iPhone 8 akan menjadi perhatian utama di acara ini. Apple pada hari ini secara rasminya me…