
Dikemaskini.
Buang ajelah Flash tu…
Sebelum ini ariffmac telah pun menulis tentang “Mac perlukan Flash ke? Bahagian 1“. Jadi untuk bahagian 2 ini, apa kata anda buang saja Flash tu. Sebabnya…Mac anda tidak perlukan Flash pun.
Memang betul anda memang memerlukan aplikasi Flash sekiranya anda menggunakan pelayar web Safari. Tetapi anda boleh menggunakan pelayar web yang lain seperti Google Chrome untuk melayari laman web yang masih menggunakan Flash. Ini kerana Chrome mempunyai fungsi Flash terbina dalam. Flash juga akan dikemaskini secara automatik bersama Google Chrome pada setiap kali pelayar web Chrome dikemaskini. Jadi walaupun Mac anda tiada Flash, Chrome mampu melayari laman web yang masih memerlukan sokongan Flash.
Namun begitu, untuk pengetahun anda kebanyakan laman web moden kini tidak lagi menggunakan program flash dalam laman web mereka. Menurut laporan analisis yang dikeluarkan oleh syarikat perisian antivirus McAfee tentang jangkaan ancaman keselamatan alam siber, mereka menyatakan Adobe Flash masih lagi menjadi sasaran utama penggodam berdasarkan kepada kelemahan keselamatan yang ada pada program tersebut. Walaupun Adobe sentiasa mengemaskini Flash bagi menutup kelemahan keselamatan pada program tersebut, ia masih tetap menjadi sasaran utama penggodam bagi mengambil kesempatan terhadap kelemahan keselamatan yang ada pada program tersebut untuk mencoroboh sistem komputer.
Sekiranya anda ingin membuang Flash dari Mac anda, boleh lah anda muat turun fail uninstaller Flash di sini. (Chrome di platfom Android, iOS dan lain-lain tidak lagi menyokong program Flash). 🙂
P/s: ariffmac dapati laman web Adobe juga kini tidak lagi menggunakan Flash.




















