Produk yang menerima skor baik pulih tertinggi berbanding produk Apple lain yang ada ketika ini.
Laman iFixit telah pun membuat review baik pulih perkakasan terhadap model terbaru Mac Pro 2019 yang baru sahaja ditawarkan Apple kepada pengguna.
Secara keseluruhan, iFixit menganugerahkan skor baik pulih tertinggi terhadap Mac Pro terbaru iaitu sebanyak 9/10. Sekaligus menjadikannya produk Apple yang paling mudah untuk dibaik pulih perkakasannya ketika ini.
Malah keperluan peralatan yang digunakan bagi menanggalkan perkakasan Mac Pro juga hanya menggunakan peralatan asas.
“The new Mac Pro is a Fixmas miracle: beautiful, amazingly well put together, and a masterclass in repairability.”
“...this is without a doubt the most repairable Apple product in recent memory” iFixit.
iFixit juga memaklumkan bahawa proses menaik taraf perkakasan Mac Pro 2019 adalah amat mudah untuk dilakukan sendiri oleh pengguna dengan adanya panduan yang diberikan oleh pihak Apple.
Walaubagaimanapun, menaik taraf perkakasan khususnya terhadap slot storan SSD Mac Pro dari pihak ketiga nampaknya mustahil dilakukan berikutan kawalan sepenuhnya oleh cip Apple T2 terhadap ciri penginkripan data storan Mac Pro tersebut.
“We’re happy to see a modular SSD, but not happy knowing it’s bound to the T2 chip, meaning user-replacements are a no-go.”
Tetapi itu tak bermakna pengguna langsung tidak boleh menambah storan Mac Pro 2019. Ini kerana Apple ada menawarkan kit storan tambahan dari pihak ketiga seperti dari model Promise Pegasus R4i 32TB RAID MPX Module Kit yang berharga USD2,299.95.
Mac Pro 2019 sudah pun mula ditawarkan secara rasmi di laman Apple Malaysia yang berharga dari RM25,999.00.
Tetapi konfigurasi spesifikasi tertingginya boleh menjadikan harga Mac Pro 2019 mencecah sehingga RM231,039.00.


















