Lindungi Mac anda dengan aplikasi Malwarebytes.

Malware merupakan perisian atau sebuah program fail yang dibangunkan dengan berniat jahat iaitu membawa kemudaratan (kacau-bilau) di dalam sistem operasi sesebuah komputer.

Adware pula merupakan satu bentuk perisian yang memuat turun atau mempamerkan sebarang paparan iklan yang tidak dikehendaki oleh pengguna ketika sedang melayari internet.

Adware akan mengumpul data dan maklumat tanpa disedari oleh pengguna tersebut dan ini adalah merbahaya.

Seperti yang ariffmac pernah beritahu di artikel Mac kebal dari virus…ke? sebelum ini, anda seharusnya sedar yang Mac memang tidak kebal dari sebarang bentuk serangan terhadap sistem operasinya

Adakah anda sedar akan kehadiran virus, malware dan adware di dalam Mac OSX anda?

Bagi mengesan kehadiran malware dan adware tersebut, anda boleh menggunakan Aplikasi Malwarebytes Anti-Malware. Aplikasiini mampu mengimbas dan membuang sebarang malware dan adware yang ada di dalam Mac OSX.

Ciri-ciri dan cara penggunaan

Aplikasi Malwarebytes Anti-Malware ini mempunyai 3 bahagian utama Scan, Next Steps dan Get Help. Untuk memulakan imbasan malware dan adware, anda klik pada bahagian Scan.

Apa yang menariknya ialah proses imbasan yang dilakukan adalah amat pantas sekali (tak sampai 5 saat pun!).

Selepas selesai mengimbas, akan terteralah segala malware dan adware yang ada di dalam Mac OSX anda.

Anda juga boleh memilih fail-fail tersebut sama ada hendak dibuang atau disimpan. Kemudian anda boleh klik pada butang Remove Selected Items.

Selepas membuang malware dan adware tersebut, satu kotak dialog akan keluar memberikan penerangan ringkas tentang apa yang perlu anda lakukan seterusnya (jika perlu, bergantung kepada anda).

Dapatkan aplikasi Malwarebytes Anti-Malware.

Aplikasi ini amat berguna bagi memastikan keselamatan dan kestabilan sistem Mac OSX anda. Aplikasi ini anda boleh memuat turunnya secara percuma di laman web https://www.malwarebytes.org/antimalware/mac/. Selamat mengimbas 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here