
Aplikasi pelayar web Opera kini mempunyai fungsi VPN
Opera merupakan sebuah aplikasi pelayar web yang popular dan mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik seperti video pop out, Opera turbo, Synchronisation dan banyak lagi. Kini terdapat satu lagi ciri terbaru yang ada pada Opera iaitu VPN. Sebelum ini ariffmac sudah pun terangkan serba sedikit tentang fungsi VPN ini dan kepentingannya.
VPN di Opera adalah terbina dalam (built in) jadi anda tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi tambahan atau plug in VPN untuk Opera. Untuk mengaktifkan fungsi VPN ini, anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu di Preferences.
Setelah anda aktifkan VPN, secara automatik ia telah berfungsi dengan sendirinya. Anda akan dapati terdapat kotak berwarna biru tertulis VPN seperti rajah di bawah. Itu menandakan VPN sudah diaktifkan.
Anda juga boleh memilih lokasi persembunyian anda ketika melayari internet di Opera.
Apa yang lebih menarik adalah VPN Opera ini tidak mempunyai limit data. Jadi anda boleh menggunakan VPN Opera ini sampai bila-bila tanpa risaukan limit data yang digunakan. Dari segi kelajuan internet pula, ariffmac dapati tiada perubahan ketara dirasakan (tidak perlahan) dan sambungan ke internet juga adalah stabil.
Kesimpulan
Aplikasi pelayar web Opera sememangnya terdapat banyak ciri-ciri menarik dan semestinya VPN terbina dalam Opera ini menambahkan lagi keistimewaan aplikasi pelayar web ini. Anda boleh muat turun aplikasi Opera ini terus dari laman web opera.com. Fungsi VPN ini juga terdapat di aplikasi Opera bagi platfom iOS dan Android.















[…] Opera telah pun perkenalkan ciri-ciri menarik yang lain seperti ciri penghalang iklan, ciri VPN (Virtual Private Network), menyokong ciri realiti maya dan penghalang aktiviti kryptowang terbina […]
[…] tambahan bermanfaat untuk penggunanya seperti sokongan VR360 untuk Oculus dan Chromecast dan ciri VPN (Virtual Private Network) terbina […]