Apple lancarkan program pembaikan bagi iPhone 6 Plus
Perhatian kepada pemilik iPhone 6 Plus!
Jika anda adalah pemilik iPhone 6 Plus, anda layak untuk menghantar iPhone anda ke Pusat Servis Sah Apple di seluruh negara bagi program “Multi-Touch Repair Program for iPhone 6 Plus”. Program pembaikan ini dilakukan Apple setelah sebahagian besar pengguna iPhone ini mengalami masalah kerlipan atau masalah Multi-Touch selepas ia berulang kali jatuh di atas permukaan keras dan telah menyebabkan peranti tersebut tergendala berfungsi.
Namun begitu, jika skrin iPhone tersebut pecah, anda tidak layak untuk program pembaikan ini. Selain itu, kepada pemilik iPhone yang telah menghantar iPhone mereka bagi membaikinya di Pusat Servis Sah Apple sebelum ini dan dikenakan bayaran anda boleh dapatkan semula wang anda.
Program pembaikan ini adalah sah selama 5 tahun selepas jualan runcit pertama unit iPhone tersebut dijual. Bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang program pembaikan iPhone ini, sila ke laman web Apple Support.

