Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 pada 2001 sewaktu menjadi pereka grafik. Menamatkan pengajian Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Selepas itu beliau menyambung pula pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2005 dan tamat pengajian pada 2008 dalam bidang Seni Kreatif.
Kemudiannya pada 2009 beliau menyambung lagi pelajaran peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang VFX filem dan selesai pada 2013.
Sebelum ini beliau pernah menggunakan beberapa produk Apple yang lain seperti Power Mac G5, iMac G5 with iSight, iPod, Macbook White dan Macbook Pro. Kini beliau menggunakan Macbook Pro 2009 (bini punya), Mac Mini (adik ipaq bagi pinjam), iPad 2, ipad mini dan Asus.
Segala kemahiran, ilmu dan pengalaman menggunakan Macintosh kini dikongsi bersama di dalam ariffmac.com.
Selain menulis sepenuh masa di ariffmac.com, beliau juga bertugas sebagai Tutor Sambilan (sejak 2013) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreati (FSKIK) dan Pensyarah Sambilan (2016) di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC). Selain itu beliau sangat suka makan cendol, nasi lemak dan tengok wayang. 🙂
