Sambungan dari artikel Cara membuka akaun Apple.
Baik, ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini, Cara membuka akaun Apple. Cerita tadi tak habis lagi. Mai kita sambung balik.
Selepas dah berjaya buka akaun Apple, anda kena download pulak aplikasi iTunes (khas bagi pengguna PC saja, Mac user tak payah dok menggatai donlod). Anda boleh download versi aplikasi iTunes anda di https://support.apple.com/downloads/itunes. Pastikan sama ada anda menggunakan Windows 32bit atau 64bit.
Selepas dah abis download dan install, buka aplikasi iTunes tersebut dan klik pada ikon Sign In.
Kemudian, akan keluar satu kotak dialog, klik pada butang Review.
Kemudian anda klik saja pada butang Continue
Selepas tu, isikan maklumat untuk Apple hantar bil bila anda download aplikasi, lagu, buku dan lain-lain (percuma atau berbayar, Apple akan tetap bagi bil).
Akhirnya, siap sudah! Boleh la mula men download. 🙂




















[…] Bersambung….Selepas buka akaun Apple… […]