"/>

Kemaskini Adobe Flash Player anda segera

In Kemaskini, Sekuriti On

Kemaskini terbaru Adobe Flash Player, Adobe Digital Editions dan Adobe Campaign v6.11.

Adobe hari ini memuat naik fail kemaskini terbaru bagi aplikasi popular mereka iaitu Adobe Flash Player. Seperti sedia maklum, Flash seringkali menjadi tumpuan penggodam untuk menggodam komputer di seluruh dunia. Untuk kemaskini terbaru Flash kali ini, sebanyak 13 kelemahan utama Flash (Common Vulnerabilities and Exposures aka CVE) telah dikenal pasti oleh Adobe. Kelemahan ini melibatkan sistem operasi Windows, Macintosh, Chrome OS dan Linux. Kemaskini ini adalah bagi menangani kelemahan kritikal yang berpotensi membolehkan penggodam mengawal sistem yang terjejas.

Versi terbaru Adobe Flash Player ini adalah v24.0.0.221. Prioriti atau keutamaan kemaskini Flash ini diletakkan sebagai prioriti utama yang bermaksud pengguna perlu segera melakukan kemaskini ini dengan kadar secepat mungkin. Ia melibatkan produk Adobe Flash Player Desktop Runtime, Adobe Flash Player untuk Google Chrome dan Adobe Flash Player untuk pelayar web Microsoft Edge dan Internet Explorer 11.

Bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang kemaskini Flash ini, sila ke laman web Adobe Security. Anda boleh muat turun fail kemaskini ini terus dari laman web Adobe Flash, ataupun menerusi tetapan Flash Player di System Preferences (Mac). Selain Flash, Adobe turut memuat naik fail kemaskini bagi Adobe Digital Editions dan Adobe Campaign v6.11. Walaubagaimanapun, prioriti yang diletakkan oleh Adobe untuk 2 perisian tersebut hanya pada tahap 3 yang bermaksud pengguna boleh memilih untuk mengemaskini perisian tersebut kepada versi terbaru ataupun tidak. Bergantung kepada budi bicara pengguna itu sendiri. Ini kerana perisian tersebut tidak menjadi tumpuan utama penggodam.

Tinggalkan komen anda...

Mobile Sliding Menu