Kemaskini terbaru macOS Sierra 10.12.2 versi penuh untuk semua pengguna Mac, iTunes dan Safari.
Akhirnya selepas 6 kali kemaskini macOS 10.12.2 versi beta (yang terakhir pada minggu lepas), versi penuh macOS Sierra 10.12.2 telah boleh mula dimuat turun untuk semua pengguna Mac. Dalam macOS Sierra 10.12.2 ini dipenuhi dengan penambahbaikan terhadap sistem operasi macOS Sierra serta beberapa ciri-ciri terbaru. Antara penambah baikan yang dibuat terhadap macOS versi ini adalah kebanyakkannya berkaitan dengan fungsi panel Touch Bar yang ada pada MacBook Pro 2016. Selain itu, kemaskini ini juga adalah bagi menyelesaikan isu grafik pada MacBook Pro tersebut.
Penambahbaikan terhadap sistem keselamatan Mac juga dibuat berikutan berlakunya masalah ciri System Integrity Protection yang ada terbatal secara tiba-tiba pada sebahagian MacBook Pro keluaran lewat 2016. Ciri-ciri terbaru yang ada dalam macOS versi ini pula adalah ia dipenuhi dengan pelbagai desain emoji-emoji terbaru, menyokong lebih banyak fail berformat RAW dari pelbagai jenis kamera (sesuai kepada para kaki foto) dan beberapa lagi ciri terbaru yang lain. Selain daripada itu juga, terdapat kemaskini bagi aplikasi iTunes versi terbaru 12.5.4. iTunes terbaru ini menambahkan fungsi pada panel Touch Bar serta menyokong aplikasi TV app yang ada pada peranti iOS dan Apple TV. Walaubagaimanapun, ciri TV app ini hanya boleh digunakan di US sahaja buat masa ini.Kemaskini terbaru iTunes 12.5.4 ini adalah untuk pengguna Mac dan juga Windows.
Dalam kemaskini macOS Sierra 10.12.2 ini juga termasuklah kemaskini bagi aplikasi pelayar web Safari. Tetapi kepada anda yang menggunakan Mac OS X Yosemite v10.10.5 dan OS X El Capitan v10.11.6 perlu memuat turunnya berasingan di AppStore. Jadi kepada para pengguna Mac yang menggunakan macOS Sierra 10.12.1, bolehlah anda mengemaskini macOS anda sekarang menerusi aplikasi AppStore di bahagian Updates. Untuk info lebih lanjut tentang kemaskini terbaru ini, anda bolehlah layari nya di laman web Apple Support.


