Persediaan update iOS 9.3

Sediakan iPad, iPhone, iPod Touch untuk di naik taraf tengah malam ini!

Pada tengah malam ini (waktu Malaysia), kurang 12jam dari sekarang Apple Inc. akan memperkenalkan barisan produk terbarunya. Ini termasuklah update bagi perisian iOS. iOS yang digunakan sekarang adalah iOS 9.2.1. Apple kemungkinan akan memuat naik fail update iOS 9.3 pada tengah malam ini atau pada awal pagi esok (semasa acara “Let us loop you in” berlangsung).

Bersedia untuk di update.

Jadi apakah persediaan yang perlu anda ambil bagi membolehkan anda meng update gajet-gajet Apple anda nanti?

iPhone, iPod Touch, iPad.

Bagi pemilik iPhone 4s hingga yang terbaru iPhone 6s, anda boleh update iPhone anda ke iOS 9.3 nanti. Pemilik iPad yang masih menggunakan iPad 2 hingga yang terbaru juga layak untuk upgrade kan iOS anda nanti (termasuk iPad mini 1st gen). Manakala bagi pemilik iPod pula, hanya iPod Touch generasi ke 5 dan ke atas sahaja yang boleh update iOS 9 terbaru nanti.

Persediaan yang perlu anda lakukan sebelum upgrade/update iOS.

Sebelum anda update/uprade iOS gajet-gajet anda, adalah lebih baik kesemua gajet tersebut di backup terlebih dahulu. Iye lah mana nak tahu kan kot-kot lah masa proses menaik taraf iOS tu nanti berlaku masalah teknikal (masalah luar jangka boleh berlaku).

Backup iPad, iPhone dan iPod dengan menggunakan aplikasi iTunes.

1. Sambungkan gajet anda kepada komputer Mac atau PC (pastikan ada aplikasi iTunes).

Sila abaikan rupa kabel yang tak senonoh tu.

2. Buka aplikasi iTunes. Sekiranya anda masih menggunakan iOS yang lama seperti iOS 8, klik saja pada butang Cancel.

Klik saja pada butang Cancel
  1. Kemudian anda klik pada ikon iPad/iPhone/iPod Touch tersebut.

Untuk membuat backup ini, ariffmac sarankan anda membuat backup di dalam Mac/PC. Ini kerana proses backup lebih pantas berbanding iCloud. Lagi pun ruang storan iCloud hanya 5gb sahaja, melainkan anda membeli ruang tambahan untuk iCloud (terpulang kepada anda). Selepas itu anda klik pada butang “Back Up Now”.

Untuk pengetahuan anda, proses backup ini akan menyalin semua data-data penting peribadi yang berkaitan seperti setting aplikasi, setting iOS yang telah dibuat pada gajet anda dan lain-lain. Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut tentang backup ini, anda boleh layari laman web Apple Support.

Klik butang Back Up Apps untuk menyalin semua aplikasi yang ada di gajet ke dalam Mac/PC

Walaubagaimanapun, bagi item-item yang anda beli dan muat turun dari iTunes seperti buku, lagu dan lain-lain, anda perlu memindahkan item-item tersebut secara manual.

File+Devices+Transfer Purchases from….

Manakala gambar-gambar yang terdapat pada gajet, anda boleh backup menggunakan aplikasi Photos.

Pindahkan gambar-gambar anda ke aplikasi Photos (bagi pengguna Mac)

Selepas selesai proses backup, anda boleh menyemak fail backup tersebut di iTunes Preferences.

Di sini, anda juga boleh memadam fail-fail backup lama anda. Jadi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, anda boleh dapatkan semula data serta setting bagi gajet Apple anda dengan “Restore Backup…”

 

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 pada 2001 sewaktu menjadi pereka grafik. Menamatkan pengajian Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah pada 2005 - 2008 dalam bidang Seni Kreatif. 2009 mengaji Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem, selesai pada 2013.

Leave a Reply

%d bloggers like this: