"/>

Apple klasifikasikan MacBook Pro 13” dan iPhone 4 sebagai produk vintaj

Juga beberapa produk Apple yang lain turut diklasifikasikan sebagai vintaj.

Pada bulan Ogos yang lalu, Apple telah mengemaskinikan data produk-produk vintaj mereka. Kini hampir kesemua keluarga MacBook 13” dari keluaran pertengahan tahun 2009 diklasifikasikan sebagai produk vintaj (maksudnya dah usang). Kebanyakan produk-produk Apple yang dikategorikan sebagai vintaj disebabkan oleh ia tidak lagi mampu menyokong perisian sistem operasi terbaru dari Apple iaitu macOS Sierra dan iOS 10.

Boleh la tukar ke iPhone 7…

Sebelum ini pada bulan Mac 2016 yang lalu, Apple telah pun mengkasifikasikan MacBook Pro 15” dan 17” sebagai vintaj. Selain komputer Apple MacBook, Apple juga turut memasukkan peranti iPhone 4 dalam senarai terbaru produk vintaj mereka. Ini bermakna, Apple tidak akan lagi melakukan baik pulih perkakasan bagi produk-produk tersebut. Apple akan mengklasifikasikan sesebuah produk itu sebagai vintaj jika ia tidak lagi dikeluarkan melebihi tempoh 7 tahun. Bagi mendapatkan senarai penuh produk-produk vintaj Apple, anda boleh ke laman web rasmi Apple di bahagian Vintage and obsolete products.

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Kini beliau bertugas sebagai Tutor Sambilan di UPSI dan Pensyarah Sambilan di UUM.