Review aplikasi anti virus Avira untuk Mac

Anti virus Avira untuk Mac bukan sahaja melindungi anda dari semua ancaman berkaitan Mac, tetapi juga menghalang Mac anda daripada memindahkan virus PC juga.

Anti Virus Avira merupakan sebuah aplikasi pelindung yang bertindak sebagai benteng pertahanan kepada keselamatan sistem macOS anda. Ia merupakan salah satu daripada anti virus terbaik yang dilengkapi dengan ciri-ciri utama bagi melindungi Mac anda.

Ciri utama

Anti virus Avira ini membolehkan anda mengimbas sistem macOS anda dengan mudah. Anda boleh melakukan tetapan seperti mengimbas macOS secara automatik dan menetapkan jenis imbasan yang hendak dibuat.

Review aplikasi anti virus Avira untuk Mac
3 pilihan tetapan imbasan yang boleh dilakukan di aplikasi Anti virus Avira ini.

Selain itu,ciri utama yang ada pada aplikasi ini juga adalah ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang sentiasa memantau data yang keluar masuk ke dalam Mac anda tanpa anda sedari. Ia sekaligus memastikan Mac anda sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan terlindung daripada serangan virus atau malware tanpa anda sedari ketika menggunakan Mac anda.

Review aplikasi anti virus Avira untuk Mac
Ciri Real-Time Protection yang ada pada aplikasi ini akan melindungi Mac anda ketika melayari internet.

Malah anda juga boleh menetapkan pelbagai lagi tetapan lain di aplikasi ini di bahagian Setting nya seperti tetapan automatik mengesan jenis-jenis ancaman, memperlihatkan anti virus ini di bahagian Status Bar bagi memudahkan anda mengakses aplikasi ini dan lain-lain.

Review aplikasi anti virus Avira untuk Mac
Antara tetapan yang boleh dibuat di aplikasi ini.

Kesimpulan

Setelah menggunakan aplikasi Anti virus Avira ini di Mac, dapatlah disimpulkan yang ia merupakan sebuah aplikasi anti virus terbaik untuk anda gunakan di Mac anda. Antaramukanya yang ringkas memudahkan anda menggunakan aplikasi ini tanpa kekeliruan.

Tambahan pula, ia boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma di Mac anda. Walaupun Mac sememangnya terkenal dengan kelebihannya dalam menangani ancaman serangan komputer, tetapi ada baiknya anda menambahkan lagi benteng pertahanan untuk sistem macOS anda supaya ia menjadi lebih baik lagi.

Review aplikasi anti virus Avira untuk Mac
Antaramuka aplikasi Anti virus Avira.

Ciri-ciri istimewanya bagi tetapan ancaman yang pelbagai seperti Adware, Backdoor, Phishing dan banyak lagi merupakan antara kelebihan yang ada pada aplikasi ini. Malah aplikasi ini akan sentiasa dikemaskini secara automatik apabila ia diaktifkan.

Aplikasi ini boleh digunakan di platfom Mac OS X 10.11 (El Capitan) dan ke atas. Malah aplikasi ini juga ada untuk platfom Windows 7 dan ke atas, peranti yang menggunakan sistem Android (boleh dimuat turun dari Google Play) dan iOS (boleh dimuat turun dari App Store).

Jika anda berminat bolehlah memuat turun aplikasi versi percuma ini terus dari laman web Anti virus Avira untuk Mac. Atau anda juga boleh membeli versi penuh aplikasi ini dan dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan-kelebihan lain yang ada pada Anti virus Avira Pro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here