Kemaskini versi penuh macOS 10.12.4 untuk semua pengguna Mac.
Hari ini akhirnya selepas 8 kali kemaskini versi beta untuk macOS, versi penuh sudah boleh mula dimuat turun oleh semua pengguna Mac bagi mengemaskini macOS 10.12.3 kepada versi macOS 10.12.4. Dalam kemaskini terbaru ini, Apple perkenalkan ciri terbaru mod Night Shift pada Mac. Mod Night Shift ini pada mulanya diperkenalkan pada peranti iOS terlebih dahulu. Ciri terbaru ini boleh diaktifkan oleh pengguna dari System Prefences di bahagian Display.
Selain itu Apple turut menambahkan fungsi tambahan pada Siri dan menambah baik fungsi pada beberapa Aplikasi seperti Preview dan Mail. Fail kemaskini ini agak besar iaitu lebih dari 1GB. Jadi kepada para pengguna Mac sekalian, kemaskinilah segera macOS anda.

