"/>

Tiada lagi iPad Air dan iPad Mini 2

In iPad On
- Updated

Dikemaskini.

Apple mengemaskini semula barisan produk iPad mereka.

Sejak semalam lagi Apple sibuk mengemaskini barisan produk iPad mereka. Kini, Apple tidak lagi menjual iPad mini 2 dan iPad Air 2 di laman web mereka. Anda akan dapati hanya terdapat barisan produk iPad Pro, iPad dan iPad mini 4 sahaja di laman web mereka. Ini bermakna, jika anda inginkan pilihan bagi 2 produk tersebut, anda hanya boleh membelinya terus dari pusat-pusat jualan rasmi Apple sahaja (selagi stok masih ada).

Bagi iPad Air 2 pula, Apple telah menggantikannya dengan iPad baru yang dilengkapi dengan perkakasan yang dinaik taraf, tetapi pada harga yang lebih murah. Harga iPad terbaru yang dilengkapi dengan sambungan wifi sahaja bermula dari RM1549.00 (sebelum ini harganya bermula dari RM1699). Manakala bagi harga iPad terbaru dengan sambungan talian selular dan wifi pula bermula dari RM2199.00 (harga sama seperti sebelum ini).

Barisan produk iPad terbaru yang terdiri daripada iPad mini 4, iPad dan iPad Pro. Ia didatangkan bersama iOS 10. Manakala Apple Pencil pula dijual berasingan.

Pilihan kapasiti storan bagi kedua-dua iPad terbaru ini hanya ada dua iaitu 32GB atau 128GB sahaja. Perkakasan utama yang dinaik taraf bagi iPad terbaru ini adalah cip pemprosesannya. Jika sebelum ini iPad Air 2 menggunakan generasi kedua cip pemprosesan A8, cip pemprosesan bagi iPad terbaru ini pula telah dinaik taraf kepada cip A9 dengan 64-bit arkitektur yang turut dilengkapi dengan cip M9 terbina dalam (sepertimana yang terdapat dalam cip pemprosesan iPhone 6 dan 6 Plus, khusus untuk mengesan pergerakan).

Anda akan boleh mula membeli iPad terbaru ini pada 24 Mac 2017 menerusi laman web rasmi Apple. Manakala pusat-pusat jualan Apple di Malaysia pula kemungkinannya akan mula menjualnya pada awal bulan April nanti.

P/s: Tiada kemaskini bagi iPad mini 4. Ia masih menggunakan cip pemprosesan A8 yang lama.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu