"/>

Saiz storan iPhone SE ditambah

In iPhone On
- Updated
iPhone SE

Tiada lagi iPhone SE yang bersaiz storan 16GB.

Selain deretan kemaskini bagi produk iPad, Apple juga turut mengemaskini status iPhone SE. Kini anda hanya boleh memilih saiz storan 32GB atau 128 GB sahaja bagi iPhone SE. Harga terbaru bagi iPhone SE adalah bermula dari RM1949 bagi storan 32GB dan RM2249 bagi storan 128GB. Namun begitu, iPhone SE dengan saiz storan yang baru ini belum ada di pasaran Malaysia. Buat masa ini anda hanya boleh membeli iPhone SE dengan saiz storan 16GB dan 64 GB sahaja dari para pengedar sah Apple (selagi stok masih ada).

AriffMac juga dapati harga bagi iPhone SE 16GB telah diturunkan kepada RM1699 (sebelum ini harganya adalah RM1949). Untuk iPhone SE yang dinaik taraf storannya masih belum lagi boleh ditempah dari laman web Apple. Kemungkinan besar ia akan mula boleh dibeli menerusi laman web Apple pada 24 Mac 2017 nanti, sekali dengan produk iPad terbaru yang dinaik taraf oleh Apple hari ini. Terdapat 4 pilihan warna iPhone SE yang boleh anda pilih iaitu Silver, Gold, Space Gray dan Rose Gold.

iPhone SE merupakan kategori iPhone bajet rendah yang dilengkapi dengan skrin bersaiz 4″ serta cip pemprosesan A9 (cip yang sama digunakan di iPhone 6s dan 6s Plus). Tetapi ia tidak memiliki fungsi istimewa 3D Touch seperti iPhone 6s dan 6s Plus.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu