Cara mendaftar sebagai Apple Developer
Jika anda teringin untuk menjadi pembangun aplikasi Apple…
Apple Inc. telah pun memperkenalkan secara rasminya macOS Sierra di WWDC 2016 pada 13 Jun 2016 yang lepas. Walaubagaimanapun, macOS Sierra belum lagi boleh untuk anda muat turun dan install ke dalam Mac anda. Buat masa ini, macOS Sierra hanya untuk para pembangun aplikasi (developer) berdaftar dengan Apple sahaja. Tapi jika anda dah tak sabar sangat nak menggunakan sistem terbaru tersebut di Mac anda, anda boleh mendaftar di developer.apple.com untuk muat turun macOS Sierra sekarang.
Cara untuk mendaftar sebagai Apple Developer adalah seperti berikut :-
- Buka laman web developer.apple.com
- Kemudian masukkan akaun Apple ID jika anda sudah punyai Apple ID. Jika belum, sila buat Apple ID anda terlebih dahulu dengan klik pada butang Create Apple ID. Anda juga boleh ke sini untuk mengetahui cara membuat akaun Apple ID anda.
- Selepas anda daftar masuk, sila klik pada bahagian Join the Apple Developer Program seperti pada rajah di bawah.
- Selepas itu, akan keluar web page Apple Developer Program, klik pada butang Enroll.
- Seterusnya klik pada butang Start Your Enrollment. Sebelum tu, sila baca sekejap pada bahagian ni supaya anda faham bagi menentukan sama ada anda Individual Developer atau Organizational Developer.
- Pilih entiti anda sebagai Apple Developer dan klik butang Continue.
- Kemudiannya, isikan pada ruang kosong tersebut.
- Selepas itu, scroll hingga ke bawah dan klik butang Continue.
- Selepas itu akan tertera maklumat Apple ID, Entity Type dan Contact Information anda. Selepas memastikan semuanya betul, klik butang Continue untuk melengkapkan proses pembayaran anda. Kos yang perlu dibayar untuk menjadi Apple Developer di Malaysia adalah sebanyak RM 370.00 bagi tempoh setahun.
- Akhir sekali klik butang Purchase dan lengkapkan proses pembayaran tersebut.
Tempoh masa bagi kelulusan anda sebagai Apple Developer oleh Apple Inc. mungkin akan mengambil sedikit masa sehingga 48 jam.
Tinggalkan Komen