Cara dapatkan macOS Sierra dan iOS 10

Kalau dah tak sabar sangat nak macOS Sierra dan iOS 10.

Dipendekkan cerita, macOS Sierra dan iOS 10 versi Developer Preview (DP) buat masa ini hanya boleh dimuat turun oleh pembangun aplikasi (Apple Developer) berdaftar dengan Apple Inc. sahaja. Jadi jika anda masih tetap teringin nak 2 sistem terbaru dari Apple tersebut ke dalam Mac dan peranti iOS anda, anda perlu lah mendaftar sebagai Apple Developer. Cara-cara untuk mendaftar sebagai Apple Developer ada ariffmac terangkan di sini.

Kepada anda yang bukan Apple Developer, terpaksalah tunggu sehingga bulan Julai nanti. Lebih kurang 2 minggu saja lagi bulan Julai (bawak bersabor). Pada bulan Julai nanti barulah semua pemilik/pengguna Mac dan peranti iOS boleh muat turun macOS Sierra dan iOS 10 Beta. Cumanya Apple tidak memberikan secara tepat tarikh OS Beta tersebut akan dikeluarkan. Jika anda ingin muat turun kedua-dua OS Beta tersebut, anda perlulah mendaftar sebagai macOS Sierra dan iOS 10 Beta Program. Cara-cara untuk mendaftar adalah seperti berikut :-

  • Sila ke laman web beta program dengan klik di sini.
Klik pada butang Sign in.
  • Kemudian sila isikan Apple ID anda pada ruang kotak tersebut. (Cara buat akaun Apple ID ada di sini).

  • Selepas daftar masuk, baca sebentar perjanjian Apple Beta Software Program (kalau rajinlah). Setelah selesai dan fahami terma-terma yang diberikan Apple, klik butang Accept. Selesai!

  • Kini anda secara rasminya telah mendaftar sebagai peserta Apple Beta Software Program. Jadi sekarang tunggu je, Apple akan maklumkan nanti bila dah ada macOS Sierra dan iOS 10 versi Beta untuk anda muat turun dan install ke dalam Mac dan peranti iOS anda.

Bagi anda yang memang penyabar, anda boleh muat turun dan seterusnya menggunakan versi penuh macOS Sierra dan iOS 10 bermula musim luruh nanti (seperti apa yang Apple maklumkan “coming this fall”). Musim luruh ini adalah mengikut musim di Amerika. Jadi berkemungkinan versi penuh 2 OS tersebut hanya boleh anda muat turun bermula seawal bulan September ataupun selewatnya bulan November nanti (lama lagi tu). 😎

Artikel Berkaitan

Persediaan update iOS 9.3 Sediakan iPad, iPhone, iPod Touch untuk di naik taraf tengah malam ini! Pada tengah malam ini (waktu Malaysia), kurang 12jam dari sekarang Apple Inc....
Cara menukar ikon Mac Tukarkan ikon Mac anda dengan yang lebih menarik. Minggu ini, ariffmac dilanda demam Batman vs Superman. Disebabkan tak sabar sangat nak tengok filem...
Kemaskini bagi iOS 9.3.1 iOS 9.3.1 Pagi ini ariffmac dapati terdapat update bagi iOS 9.3.1. Kemaskini tersebut adalah berkaitan dengan pembaikan bagi aplikasi Safari yang dis...
Muat turun Mac OSX 10.11.4 El Capitan sekarang Walaubagaimanapun, ia bukanlah kemaskini utama bagi Mac OSX Apple telah memuat naik fail update bagi Mac OSX El Capitan yang baru, 10.11.4. Walaupun ...
Aplikasi Safari Crash…lagi?! Penyelesaian bagi aplikasi Safari yang seringkali Crash...buat masa ini. Baru-baru ini terdapat ramai pengguna aplikasi pelayar web Safari Mac OSX da...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen