
Ciri tersembunyi Spotlight Search macOS.
Enjin carian Spotlight macOS membolehkan pengguna Mac membuat carian aplikasi, dokumen serta pelbagai jenis fail-fail yang terdapat di dalam Mac.

Tetapi terdapat satu ciri tersembunyi yang mungkin ramai tidak tahu ada pada Spotlight iaitu membuat carian Google menerusi Spotlight.
Tips tersembunyi ini diperolehi menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Reddit yang menggunakan nama akaun u/squall_boy25 yang telah dikongsikan beliau di bahagian Reddit Apple.
Berikut adalah cara membuat carian Google menerusi Spotlight:-
- Aktifkan Spotlight dan masukkan perkataan, nombor atau apa saja item yang anda ingin masukkan ke dalam Spotlight.

2. Apabila dimasukkan item di ruang Spotlight, ia secara automatik akan memaparkan fail-fail dan apa sahaja perkara berkaitan dengan carian yang dibuat tadi. Atau kebiasaannya anda akan menekan butang return bagi memaparkan fail yang dicari.
3. Sebaliknya, bagi mencari item dari Google menerusi Spotlight, anda perlu tekan butang kekunci Command+B. Kemudian ia secara automatik akan membawa anda ke pelayar web utama (default) yang digunakan dan memaparkan senarai yang dijumpai Google menerusi carian item di Spotlight tadi.
Selamat mencuba.






















