
Dikemaskini pada 2 Ogos 2018.
Secara zahirnya, sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) dan USB-C rupanya adalah sama, tapi…
Apple baru-baru ini telah memberikan penjelasan penting tentang perbezaan antara 2 sambungan berkelajuan tinggi yang terdapat pada komputer Macintosh iaitu sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) dan USB-C.
Sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) dan USB-C jika dilihat secara luaran sememangnya rupa bentuknya adalah sama sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan ketara dari aspek sokongan dan limitasi penggunaan antara 2 sambungan tersebut.
Persamaan.
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, rupa bentuk antara 2 sambungan ini adalah sama sahaja. Kedua-duanya juga membolehkan Macbook dan Macbook Pro dicas melalui sambungan tersebut.
Sokongan peranti.
Perbezaan paling ketara antara sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) dan USB-C adalah sokongan terhadap peranti. Menurut Apple, Mac yang dilengkapi dengan USB-C tidak menyokong peranti yang menggunakan sambungan Thunderbolt.

Sebagai contoh, peranti grafik luar (eGPU) seperti dari jenama Blackmagic atau skrin LG UltraFine 5K tidak boleh digunakan bersama Macbook.
Manakala Macbook Pro model 2016, 2017 dan 2018 serta iMac model 2017 dan iMac Pro yang dilengkapi dengan Thunderbolt 3 (USB-C) menyokong peranti Thunderbolt dan peranti USB-C.

Secara ringkas, berikut adalah fungsi dan jenis sambungan peranti yang disokong USB-C:-
- Charging
- USB 3.1 Gen 1 (up to 5 Gbps)
- Native DisplayPort 1.2 video output
- VGA output using USB-C VGA Multiport Adapter (dijual berasingan)
- HDMI video output using USB-C Digital AV Multiport Adapter (dijual berasingan)
Ini pula adalah ringkasan fungsi dan jenis sambungan peranti yang disokong oleh Thunderbolt 3 (USB-C):-
- Charging
- DisplayPort
- Thunderbolt (up to 40 Gbps)
- USB 3.1 Gen 2 (up to 10 Gbps)
Bagi membezakan antara kabel Thunderbolt 3 (USB-C) dan kabel USB-C pula, anda boleh melihat terdapat ikon anak panah petir pada kabel tersebut.

Bagi mengetahui lebih lanjut spesifikasi terperinci terhadap peranti-peranti Apple yang anda miliki, sila layari laman sokongan Apple Tech Spec.






















[…] USB-C ini adalah merujuk kepada sambungan Thunderbolt 3 berkelajuan tinggi yang mana ia mampu mencapai […]
[…] Juga jangan tak tahu, sambungan yang terdapat pada Macbook adalah jenis USB-C, bukan jenis sambungan Thunderbolt 3 (USB-C). […]
[…] telah menaiktaraf sambungan yang ada pada Mac mini dengan 4 sambungan berkelajuan tinggi Thunderbolt 3 (USB-C), 1x HDMI 2.0, 2x USB 3.0 dan 1x Ethernet (atau anda boleh menaik taraf kepada sambungan 10 Gigabit […]
[…] Memahami perbezaan antara sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) dan USB-C […]
[…] Memahami perbezaan antara sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) dan USB-C […]