Cara untuk menempah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dengan lebih awal
Kalau dah tak sabar dan duit tengah bertingkek-tingkek…dapatkan iPhone 7 dengan lebih awal
Okay, kalau nak tunggu iPhone 7 secara sah masuk ke pasaran Malaysia, memang lambat lagilah. Mungkin kita perlu tunggu dalam 2 minggu lagi baru boleh tempah atau beli iPhone 7 ni. Jadi, bagaimana caranya untuk dapatkan iPhone 7 ini lebih awal dari orang lain secara sah ye. Setelah ariffmac semak dengan negara-negara jiran Malaysia dari laman web rasmi Apple, negara paling awal dan terdekat yang boleh anda buat tempahan dari Apple Store negara tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Singapore!
Anda boleh dapatkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dari Apple Store Singapore. Daripada info yang tertera pada Apple Store tersebut, anda boleh mula membuat tempahan pada tarikh 9 September 2016 bermula jam 3.01 petang (Jumaat, esok petang). Jadi pastinya ramai yang menunggu pada masa itu untuk menempah. Tempahan juga mungkin terhad pada siapa cepat dia dapat buat masa itu.
Kalau dilihat pada harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pasaran Singapura adalah bermula dari Dolar Singapura $1048 dan $1248. Setelah ariffmac semak dengan tukaran matawang asing dari google, harga yang perlu dibayar dalam Ringgit Malaysia adalah seperti rajah di bawah.
Harga tersebut mungkin berubah mengikut kadar nilai matawang pada waktu itu nanti. Jadi bolehlah tempah atau minta tolong dari kawan-kawan, saudara-mara, atau sesiapa yang sudi untuk tolong anda tempah iPhone tu nanti. 😉