Garmin® lancarkan kamera terbaru VIRB Ultra 30
Garmin cuba memecahkan dominasi GoPro dengan kamera aksi terbaru VIRB Ultra 30.
Pada 31 Ogos 2016 yang lepas, Garmin International Inc. telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu kamera aksi VIRB Ultra 30. Kini ia sedang dipertontonkan di pameran digital IFA 2016 di Berlin, German. Kamera aksi ini merupakan sebuah kamera kalis air dan tahan lasak yang mampu merakam gambar dan video berkualiti UHD 4K pada kadar 30 bingkai gambar sesaat.
Selain itu, kamera VIRB Ultra 30 in juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti skrin sesentuh LCD berwarna, arahan suara, penstabilan imej, mikrofon yang mampu merakam bunyi dengan kualiti yang tinggi dan banyak lagi. Garmin juga turut mengeluarkan perisian suntingan video khas untuk kamera ini iaitu VIRB Edit. Perisian ii boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma di PC dan Mac.
Pada tahun 2015 yang lalu, Garmin telah menghasilkan kamera aksi VIRB X dan VIRB XE. Kehadiran kamera aksi terbaru VIRB Ultra 30 dari Garmin merupakan isyarat dari mereka terhadap kamera aksi popular GoPro bagi mendominasi pasaran kamera aksi dunia. VIRB Ultra 30 kini sudah boleh anda dapatkan dari Amazon.com pada harga USD499.99. Untuk info lebih lanjut tentang data teknikal serta ciri-ciri istimewa yang lain, sila ke laman web Garmin VIRB Ultra 30.
Kredit foto: Garmin

