
Juga kemaskini bagi tvOS dan watchOS.
Apple pada awal pagi ini telah melepaskan kemaskini terbaru iOS 11.4. Kemaskini ini lebih menumpukan terhadap sokongan peranti muzik HomePod dan ciri sambungan tanpa wayar bagi memainkan muzik melalui AirPlay 2.
Ciri terbaru AirPlay 2 membolehkan pelbagai peranti tanpa wayar yang berbeza memainkan muzik atau podcast secara serentak dari mana-mana sahaja di dalam rumah menerusi peranti iOS dengan menggunakan sebarang aplikasi atau dari Control Centre.
Berikut adalah senarai peranti pembesar suara pihak ketiga yang menyokong ciri AirPlay 2:-
● Beoplay A6Announced
● Beoplay A9 mk2
● Beoplay M3
● BeoSound 1
● BeoSound 2
● BeoSound 35
● BeoSound Core
● BeoSound Essence mk2
● BeoVision Eclipse (audio only)
● Denon AVR-X3500H
● Denon AVR-X4500H
● Denon AVR-X6500H
● Libratone Zipp
● Libratone Zipp Mini
● Marantz AV7705
● Marantz NA6006
● Marantz NR1509
● Marantz NR1609
● Marantz SR5013
● Marantz SR6013
● Marantz SR7013
● Naim Mu-so
● Naim Mu-so QB
● Naim ND 555
● Naim ND5 XS 2
● Naim NDX 2
● Naim Uniti Nova
● Naim Uniti Atom
● Naim Uniti Star
● Sonos One
● Sonos Play:5
● Sonos Playbase
Kemaskini terbaru iOS ini adalah bagi peranti iPhone 5s dan terbaru, iPad Air dan terbaru serta iPod touch generasi ke 6.

Apple juga hari ini mengumumkan bahawa peranti pembesar suara tanpa wayar HomePod akan mula dijual di 3 buah negara lain iaitu Kanada, Perancis dan Jerman bermula 18 Jun ini.
Selain itu, Apple turut melepaskan kemaskini bagi watchOS dengan versi terkini 4.3.1 bagi kesemua model Apple Watch, tvOS 11.4 bagi peranti Apple TV 4K dan Apple TV generasi ke 4 serta aplikasi iTunes 12.7.5 bagi macOS dan sistem operasi Windows 7 dan terbaru.

























[…] Messages in iCloud sebelum ini telah dimasukkan di dalam kemaskini terbaru iOS 11.4 bagi peranti iOS. Ciri ini membolehkan anda menyimpan mesej berserta lampiran-lampirannya di […]