Pada 28 Februari 2017 yang lalu, Apple telah pun memuat naik fail kemaskini terbaru bagi macOS Sierra versi Beta kepada penggunanya. Jika anda menggunakan macOS versi Beta ini, bolehlah anda mengemaskininya segera. Ini merupakan kemaskini kali ke 4 bagi versi 10.12.4 Public Beta. Tidak dinyatakan pula sebarang perubahan atau ciri terbaru untuk kemaskini kali ini. Biasanya pembangun perisian macOS akan lebih menumpukan pada kestabilan serta penambahbaikan terhadap macOS.
Buat masa ini, versi penuh macOS adalah versi 10.12.3. Bagi versi 10.12.4 pula masih dalam peringkat Beta serta terdapat beberapa perubahan serta penambahbaikan dalam versi tersebut antaranya adalah pengenalan ciri mod Night Shift.
Jika anda ingin menggunakan macOS versi beta, anda perlu mendaftar dengan Apple Beta Software Program. Pendaftaran adalah percuma. Tetapi AriffMac hendak nasihatkan kepada anda yang ingin menggunakan macOS versi beta ini perlulah sentiasa membuat salinan (backup) macOS anda.
Ini kerana versi beta adalah versi yang masih dalam pembangunan serta peringkat percubaan. Dikhuatiri kegagalan sistem macOS boleh berlaku yang akan menyebabkan segala maklumat penting yang ada dalam Mac anda boleh rosak atau hilang.

