Kongsi fail dengan AirDrop
AirDrop memudahkan anda berkongsi fail antara Mac dan peranti iOS.
AirDrop mula diperkenalkan pada Mac OSX Lion 10.7. Tetapi ciri tersebut pada awalnya hanya boleh digunakan bagi perkongsian fail antara Mac dengan Mac sahaja. Walaubagaimanapun, kemaskini terbaru Mac OSX El Capitan 10.11.4 telah membolehkan anda menggunakan AirDrop untuk berkongsi fail antara peranti Apple iOS (hanya iOS 7 ke atas sahaja) dengan Mac anda.
Ciri tebaru ini juga membolehkan anda berkongsi fail bagi aplikasi Notes, Safari, Photos, Contacts dan lain-lain antara Mac dan iOS.
Cara-cara menggunakan AirDrop
- Untuk menggunakan ciri terbaru AirDrop ini, anda perlulah update terlebih dahulu Mac anda kepada Mac 10.11.4 (Mac 10.11.3 tak bleh pakai ciri terbaru ni). Kemudian, buka Finder dan pilih AirDrop. (klik di sini untuk senarai Mac yang menyokong ciri AirDrop)
- Sekiranya anda ingin memindahkan gambar dari iPad ke Mac, aktifkan Wi-Fi dan Bluetooth di iPad dan buka aplikasi Photos di iPad (klik di sini untuk senarai peranti iOS yang menyokong ciri AirDrop).
- Selepas itu, klik pada butang Share.
- Kemudian anda hanya perlu Tap pada ikon Mac yang tertera pada aplikasi Photos di iPad (Pastikan Mac dan iPad tersebut sudah bersambung).
- Selepas itu, anda akan dapati satu kotak dialog keluar pada Mac anda seperti pada rajah di bawah.
- Sekiranya anda klik butang Accept, gambar yang dipindahkan akan disimpan dalam folder Download. Tetapi anda juga boleh membuka gambar tersebut menggunakan aplikasi Photos di Mac dengan klik butang Open in Photos.
- Cara yang sama juga digunakan bagi perkongsian fail seperti aplikasi Safari dari iPad ke Mac.
Perkongsian fail antara iOS dan iOS.
- Untuk berkongsi fail seperti dari iPhone ke iPad pula, anda perlu aktifkan Wi-Fi dan Bluetooth pada kedua-dua peranti tersebut. Anda juga boleh memilih dengan siapa fail tersebut ingin dikongsikan.
- Buka fail yang ingin dikongsi. Klik pada ikon Share seperti pada rajah di bawah.
- Selepas itu, satu kotak dialog akan keluar pada iPad anda seperti rajah di bawah.
- Selepas anda klik butang Accept, aplikasi Notes pada iPad anda akan terus terbuka secara automatik.
Ciri istimewa AirDrop ini amat berguna kerana ia memudahkan anda berkongsi fail dengan rakan-rakan terus ke peranti Apple anda, tanpa perlu memindahkan data terlebih dahulu ke storan luar seperti pendrive (AirDrop hanya berfungsi bagi iOS dan Mac OSX sahaja ye).