Cara mudah meletakkan watermark pada foto
Nak letak watermark kat foto anda? Gunakan aplikasi Resize Master.
Jika anda suka mengambil gambar dan ingin jadikan gambar anda eksklusif (lebih kurang macam Hakcipta Terpelihara), anda akan letakkan watermark sebagai tanda foto tersebut adalah hak anda. Terdapat aplikasi yang memudahkan anda untuk melakukan kerja tersebut.
Aplikasi Resize Master
Aplikasi Resize Master sebuah aplikasi meletakkan watermark pada foto anda. Malah bukan itu saja, ia juga boleh mengubah format foto serta saiz sesebuah gambar.
Untuk meletakkan watermark pada foto, anda perlulah mempunyai desain watermark anda sendiri dahulu. Anda boleh gunakan perisian seperti Photoshop, Illustrator dan lain-lain (korang lebih cekap bab ni) untuk desain watermark anda.
Lepas dah siap desain, Save watermark tu dalam format .PNG. Kemudian klik pada butang seperti rajah di bawah untuk memasukkan watermark yang telah anda buat tadi.
Selepas anda masukkan watermark, anda boleh pilih kedudukan watermark tersebut dalam foto anda nanti.
Anda juga boleh pilih format foto yang diinginkan serta kualiti foto tersebut. Tapi hanya 3 jenis format sahaja yang ada.
Selepas dah habis setting semua tu, bolehlah anda masukkan foto yang nak diletakkan watermark tu ke aplikasi Resize Master. Anda pilih foto-foto anda (boleh lebih dari satu) dan tarik foto-foto tersebut masuk ke ruang aplikasi Resize Master seperti rajah di bawah.
Okay, siap! 🙂
Dapatkan aplikasi Resize Master
Aplikasi ini amat mudah digunakan. Anda boleh muat turunnya secara percuma di Mac App Store.
