Aplikasi Messages dinaik taraf di iOS 10
Aplikasi Messages di iOS 10 penuh dengan grafik-grafik menarik, permainan dan aplikasi-aplikasi menarik.
Messages terbaru di iOS 10 terdapat pelbagai grafik-grafik menarik yang boleh anda gunakan untuk dihantar kepada kawan-kawan, keluarga dan lain-lain. Grafik-grafik tersebut menjadikan mesej yang dihantar dari aplikasi Messages lebih menarik berbanding sebelum ini. Cara untuk mendapatkan grafik-grafik tersebut adalah anda perlukan peranti iOS yang menggunakan iOS 10. Jika anda sudah menggunakan iOS 10 versi Beta di peranti anda, bolehlah lah mencubanya sekarang.
Langkah pertama.
Buka aplikasi Messages di peranti iOS anda (iPhone, iPad atau iPod Touch).
Langkah kedua.
Kemudian, anda pilih kepada sesiapa yang pernah anda hantar mesej sebelum ini dari Messages ataupun buatkan mesej baru kepada kawan anda yang turut menggunakan aplikasi Messages terbaru ini.
Langkah ketiga.
Selepas itu klik pada ikon Store seperti rajah di bawah dan akan keluarlah Messages App Store terbaru khas untuk aplikasi tersebut.
Di sinilah anda boleh memuat turun pelbagai grafik menarik dan animasi yang pelbagai untuk dihantar sebagai mesej. Terdapat grafik yang percuma dan ada juga yang berbayar.
Sekarang bolehlah anda memilih dan memuat turun grafik-grafik yang diinginkan. Prosesnya adalah sama sepertimana anda memuat turun aplikasi daripada App Store .
Messages juga kini bukan hanya sekadar menghantar mesej sahaja, tetapi juga anda boleh bermain pelbagai jenis permainan bersama kawan-kawan anda menerusi Messages.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti suntingan gambar di Messages.
Buat masa ini, aplikasi-aplikasi, pelekat grafik dan permainan yang terdapat di Messages App Store masih belum banyak lagi. Tapi kemungkinan besar esok harinya pasti akan terdapat lebih banyak lagi item-item menarik selepas iOS 10 dilancarkan secara rasmi pada tengah malam ini nanti.
Jadi kepada anda yang sudah menggunakan iOS 10 versi Beta bolehlah mencubanya sekarang. Tetapi bagi anda yang belum, terpaksalah tunggu tengah malam ini bagi memuat turun dan seterusnya menaik taraf peranti iOS 9 anda kepada iOS 10. iOS 10 akan boleh mula dimuat turun pada malam ini iaitu lebih kurang pada jam 1.00 pagi ini (14 September 2016, Malaysia).


Pingback: 5 Ciri-ciri terbaru yang menarik di iOS 10 - ariffmac()