
Dikemaskini pada 15 Februari 2019.
Apple pertontonkan fon kepala tanpa wayar Edisi Ulang Tahun ke 90 Mickey dari Dr. Dre Beats Solo3.
Sempena meraikan ulang tahun ke 90 watak kartun popular oleh Disney; Mickey Mouse, Apple akan menjual fon kepala tanpa wayar edisi khas yang bersalutkan watak kartun tersebut pada fon kepala Beats Solo3.
Selain rekaan khas pada fon kepala ini, ia juga akan didatang bersama aksesori tambahan pin khas Mickey Mouse, pelekat khas dan kotak simpanan fon kepala yang direka khas untuk edisi ini.
Selain itu ia turut didatangkan bersama aksesori standad iaitu sambungan kabel 3.5mm dengan kawalan suara, kabel USB-A ke USB Micro-B untuk pengecasan, buku panduan penggunaan dan kad jaminan.
Fon kepala ini boleh digunakan bersama model iPhone 5 atau terbaru, iPad Air atau terbaru, iPad generasi ke 5 dan 6, iPad Pro, iPod Touch generasi ke 6, Apple Watch dari model pertama hingga ke 4 dan Apple TV generasi ke 4 dan Apple TV 4K.
Fon kepala tanpa wayar Betas Solo3 ini dilengkapi dengan cip Apple W1 serta bateri yang mampu bertahan sehingga 40 jam. Ia juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas (Fast Fuel) yang membolehkan ia beroperasi selama 3 jam dengan hanya 5 minit masa cas sahaja.
Selain itu ia juga dilengkapi dengan ciri butang kawalan dan mikrofon terbina dalam pada fon kepala yang membolehkan pengguna menjawab panggilan, mengubah kekuatan bunyi, memainkan muzik dan mengaktifkan SIRI.
Fon kepala edisi khas ini sudah pun berada di laman rasmi Apple Malaysia yang dijual pada harga RM1179.00.

























