Review Aplikasi cDock2

cDock2 sesuai bagi anda yang suka customize Mac.

Review aplikasi kali ini adalah khusus untuk Dock. cDock2 merupakan aplikasi yang membolehkan anda melakukan perubahan setting khas untuk Dock. Anda boleh mengubah arahan/visual dan menambah fungsi tambahan untuk Dock.

Aplikasi cDock2

Sekiranya anda bosan dengan Dock Mac tapi suka bermain dengan mengubah/customize Mac anda, terdapat banyak setting menarik yang boleh anda cuba dengan cDock2.

Dock Mac yang tak cukup canggih.

Menggunakan cDock2 amat mudah kerana antaramuka setting aplikasi ini amat ringkas. Setiap perubahan yang anda buat boleh dilihat dengan segera. Selepas perubahan setting dibuat, anda hanya perlu klik pada butang Restart Dock.

Antaramuka cDock2.

 

Antara setting cDock2 yang boleh dicuba.

Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu memadam dahulu System Integrity Protection bagi Mac OS X El Capitan. Caranya adalah dengan masuk ke System Recovery (tekan butang kekunci Command dan R serentak selepas restart Mac). Kemudian pada Menu Bar Utilities pilih Terminal. Taip csrutil disable dan tekan butang kekunci return. Ini bagi menutup fungsi System Integrity Protection tersebut (anda boleh mengaktifkan semula System Integrity Protection tadi selepas cDock2 di masukkan dengan langkah yang sama cuma tukar arahan csrutil enable). Jika anda mengaktifkan semula System Integrity Protection, aplikasi XtraFinder tidak boleh digunakan (jika anda menggunakan XtraFinder atau aplikasi yang perlukan System Integrity Protection dinyah aktif).

Contoh rupa Dock yang diubah menggunakan cDock2.

Aplikasi cDock2 boleh dimuat turun secara percuma dari laman web rasmi pembangun aplikasi tersebut w0lfHub. Selamat mencuba 🙂

 

Artikel Berkaitan

Guna format NTFS atas platfom Mac OSX NTFS dan Mac OSX memang tak berkawan, tapi boleh dengan ada pihak ketiga. Baik, memang ada konflik yang perlu anda tahu bagi pemilik Mac tentang form...
Jadikan Mac hotspot internet Tiada sambungan WI-FI internet? Buatkan satu... Jika anda berada di ofis yang tidak mempunyai wifi, pasti menyukarkan hidup anda. Tapi jika anda memp...
Aplikasi Mactracker, segala-galanya tentang Apple Aplikasi Mactracker merupakan sebuah aplikasi yang amat unik. Aplikasi ini mengumpulkan segala maklumat produk yang Apple pernah hasilkan. Bermula dar...
Review aplikasi Betternet Jika sesebuah laman web di block oleh syarikat, gunakan Betternet untuk layarinya. Pernah tak anda nak layari sesebuah laman web, tapi tak dapat masu...
Untuk privasi cuba aplikasi terbaru Opera VPN Opera pula tawarkan servis VPN tanpa had limit data. Nampaknya semakin banyak pelayar web menyediakan servis VPN untuk anda melayari internet dengan ...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen

Entri lain

Kesan & buang malware dan adware dengan Aplik... Malware merupakan perisian atau sebuah program fail yang dibangunkan dengan berniat jahat iaitu membawa kemudaratan (kacau-...
Laman web Apple Support diperbaharui Kini laman web Apple Support lebih mesra pengguna. Apple Inc. telah melakukan perubahan untuk bahagian pengguna di laman web...
Review iPad Pro & papan kekunci Logitech iPad Pro besar, ringan, berkuasa, puas hati... tapi... ipad merupakan review pertama ariffmac tentang produk Apple. iPad ini...
Memahami fungsi General dalam System Preferences System Preference Mac OSX merupakan pusat setting Mac untuk anda jadikan Mac anda bersfungsi mengikut citarasa anda. Seperti ...
Kemaskini terbaru Bluetooth MacBook Muat turun fail kemaskini MacBook anda. Jika anda memiliki Apple MacBook 12", sila muat turun fail kemaskini terbaru untuk M...