Mac kebal dari virus…ke?

Dikemaskini.

Mac kebal dari virus komputer, tapi…

Sejak ariffmac mula menggunakan Mac, belum pernah lagi ariffmac memasukkan perisian anti virus ke dalam Mac. Ini kerana rumor, legenda dan kepercayaan cerita dongeng rakyat tentang Mac tiada atau tidak akan kena virus masih menebal dihati. Malah sewaktu menggunakan iMac G5 semasa belajar dahulu, belum pernah sekalipun iMac G5 ariffmac dijangkiti virus. Tapi itu dulu…

Jadi, persoalannya sekarang adakah Mac betul-betul kebal dari virus? Jawapannya tidak! Sistem operasi Mac OSX boleh dijangkiti virus. Malah sudah berlaku di mana beratus ribu Mac telah dijangkiti virus. Bukan sahaja virus tetapi juga serangan malware (perisian jahat yang memporak perandakan sistem Mac) terutamanya yang disebabkan oleh kelemahan sekuriti perisian pihak ketiga seperti Java dan Flash.

Bolehkah pengguna Mac sedar kehadiran virus?

Daripada pengalaman ariffmac, kehadiran virus di dalam sistem Mac tidak akan disedari. Ini kerana tidak ada sebarang perisian khas di dalam sistem Mac yang mampu mengesan virus tersebut. Tanpa perisian anti virus, sistem Mac tidak akan sedari kehadiran virus dan malware, sehinggalah sistem Mac menjadi tidak stabil dan huru hara, barulah pengguna akan sedar, ooh ada virus rupanya 😛

Antara Windows dan Mac, mana lebih banyak terdedah kepada virus dan malware?

Sudah tentu Windows mengandungi lebih banyak virus dan malware berbanding Mac. Walaubagaimanapun, anda perlu tahu dan sedar, jumlah tersebut semakin bertambah dan serangan terhadap Mac OSX semakin teruk dari hari ke hari (yang terbaru adalah serangan oleh ransomware).

Anti virus Sophos

Terdapat banyak perisian anti virus yang boleh anda gunakan untuk mempertahankan Mac anda dari serangan-serangan virus, malware dan ransomware. Ada yang percuma seperti Malwarebytes, Sophos, Avira dan Avast yang boleh anda gunakan. Cuma terdapat limitasi perlindungan oleh perisian-perisian tersebut berbanding perisian anti virus berbayar seperti Intego, Kaspersky dan Bitdefender.

Jadi kepada para pemilik dan pengguna Mac sekalian, adakah anda akan menggunakan perisian anti virus di dalam Mac anda? Renung-renungkan 🙂

Artikel Berkaitan

Kesan & buang malware dan adware dengan Aplik... Malware merupakan perisian atau sebuah program fail yang dibangunkan dengan berniat jahat iaitu membawa kemudaratan (kacau-bilau) di dalam sistem op...
Flash buat hal lagi! Flash, apalah nak jadi, asyik tak selamat je Mac aku bila engkau ada. Pada minggu lepas, Flash sekali lagi menjadi lubuk kepada para penggodam kompute...
Tips : Membuat format fail PDF dengan aplikasi Pre... Cara mudah membuat fail PDF dengan aplikasi Preview. Mac OSX mempunyai sebuah aplikasi yang dipanggil Preview. Aplikasi ini biasanya mungkin anda men...
Review aplikasi CleanMyMac 3 Sebelum ini ariffmac telah pun membuat review aplikasi Onyx bagi penyelenggaraan Mac anda. Selain Onyx terdapat sebuah lagi aplikasi yang popular dika...
Ransomware menyerang Mac! Buat pertama kalinya, Mac OSX diserang oleh ransomware. Pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 6 Mac 2016, Mac secara rasminya telah diserang oleh ran...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen

Entri lain

Tips : Membuat format fail PDF dengan aplikasi Pre... Cara mudah membuat fail PDF dengan aplikasi Preview. Mac OSX mempunyai sebuah aplikasi yang dipanggil Preview. Aplikasi ini ...
Aplikasi Safari Crash…lagi?! Penyelesaian bagi aplikasi Safari yang seringkali Crash...buat masa ini. Baru-baru ini terdapat ramai pengguna aplikasi pela...
Apple perkenalkan MacBook Rose Gold Apple perkenalkan MacBook dengan warna dan pemprosesan terbaru. Semalam Apple Inc. telah menambahkan lagi pilihan warna bagi...
Aplikasi Xmarks penanda web Safari Pening menguruskan bookmark? Ada aplikasi yang boleh membantu anda. Aplikasi Xmarks merupakan sebuah aplikasi yang membantu ...
Aplikasi Mactracker, segala-galanya tentang Apple Aplikasi Mactracker merupakan sebuah aplikasi yang amat unik. Aplikasi ini mengumpulkan segala maklumat produk yang Apple per...