
Pintasan kekunci terbaru dalam macOS Mojave bagi mengambil screenshot Mac.
Sebelum ini telah dikongsikan pelbagai ciri-ciri terbaru yang dimuatkan dalam macOS Mojave. Kali ini AriffMac ingin kongsikan pula cara mengambil skrin shot di macOS Mojave.
Jika di macOS versi-versi terdahulu, pengguna Mac biasanya menggunakan pintasan kekunci Command+Shift+3 atau menggunakan aplikasi preview untuk mengambil skrin shot Mac.
Tetapi di macOS terbaru ini, Apple telah perkenalkan satu lagi cara untuk mengambil skrin shot Mac iaitu dengan menggunakan pintasan kekunci Command+Shift+5.
Apabila pengguna menekan gabungan kekunci tersebut, satu kotak bar akan terpapar di skrin Mac mereka.
Bar tersebut mempunyai 5 ikon pilihan yang merujuk kepada 5 fungsi berikut:-
- Capture Entire Screen
- Capture Selected Window
- Capture Selected Portion
- Record Entire Screen
- Record Selected Portion
Apa yang menariknya di sini adalah selain mengambil skrin pegun, terdapat juga 2 pilihan cara untuk anda merakam video skrin Mac anda iaitu Record Entire Screen dan Record Selected Portion.
Jadi dengan adanya arahan pintasan kekunci terbaru ini, pengguna Mac lebih mudah mengakses pilihan untuk mengambil skrin shot dan merakam video skrin Mac mereka.

Pintasan kekunci Mac terbaru ini hanya akan terdapat di dalam versi terbaru macOS 10.14 nanti. Kepada mereka yang sudah menggunakan macOS terbaru ini bolehlah mencuba tips ini.
Buat masa ini macOS Mojave masih lagi dalam versi beta. Ia hanya dijangka akan mula dapat dimuat turun oleh semua pengguna Mac pada tahun ini juga.
Tetapi tidak semua model Mac dapat dinaik taraf menggunakan macOS terbaru ini. Anda boleh lihat sama ada model Mac anda menyokong ataupun tidak macOS 10.14 di sini.






















[…] Ciri terbaru macOS Mojave - Command+Shift+5 […]