Kemaskini Firmware AirPort Base Station
Kemaskini Firmware bagi Apple 802.11n dan 802.11ac Wi-Fi base station.
Semalam Apple telah memuatnaik fail kemaskini bagi produk AirPort base station. Produk yang terlibat kemaskini bagi firmware update 7.6.7 adalah AirPort Express, AirPort Extreme dan AirPort Time Capsule yang menggunakan Apple Wi-Fi base station 802.11n. Manakala firmware update 7.7.7 pula adalah untuk AirPort Extreme dan AirPort Time Capsule yang menggunakan Apple Wi-Fi base station 802.11ac.
Kemaskini firmware tersebut adalah bagi menambah baik kestabilan dan prestasi sambungan Wi-Fi kedua-dua produk tersebut. Anda boleh dapatkan info lanjut berkaitan firmware update 7.6.7 ini di sini, dan firmware update 7.7.7 di sini.
AirPort merupakan produk Apple yang berfungsi sebagai router bagi sambungan pelbagai peranti yang lain seperti iPhone, Mac, PC dan lain-lain (senang citer Airport tu adalah peranti Wi-Fi tapi Apple panggilnye sebagai Airport). Contohnya, sekiranya anda ada peranti lain seperti printer, external HD dan lain-lain yang ada sambungan Wi-Fi, semua peranti tersebut boleh disambungkan secara wireless (tanpa kabel). Semua peranti disambungkan kepada komputer Mac/PC melalui AirPort.
Beza AirPort 802.11n dan 802.11ac
Perbezaan yang paling ketara antara penggunaan AirPort 802.11n dan 802.11ac adalah kepantasan sambungan Wi-Fi antara peranti dan AirPort tersebut. AirPort yang menggunakan Wi-Fi base station 802.11n hanya mampu menyokong kelajuan maksimum 450Mbps sahaja. Tetapi AirPort yang menggunakan Wi-Fi base station 802.11ac menyokong kelajuan Wi-Fi sehingga 1300Mbps.
Bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang Airport, sila klik di sini. Bagi anda yang menggunakan AirPort, bolehlah mengemaskinikan firmware AirPort anda. Cara-cara untuk mengemaskini firmware Airport ada di sini.
Tinggalkan Komen