Aplikasi ClipGrab pemuat turun video Youtube

Dikemaskini.

Cara mudah memuat turun kandungan video Youtube…

ClipGrab merupakan sebuah aplikasi percuma yang membolehkan anda memuat turun video-video daripada laman web seperti Youtube, Vimeo, Metacafe, Daily motion, youku, myspass, myvideo dan clipfish. Aplikasi ini amat mudah digunakan dan sangat berguna kepada anda yang suka menonton video di youtube dan ingin menyimpan video-video tersebut untuk ditonton semula nanti.

Ciri-ciri Utama

Search

Pada bahagian ini, anda boleh mencari video yang dikehendaki dari youtube sahaja.

Downloads

Kelebihan utama yang terdapat pada ClipGrab adalah ia mampu memuat turun video-video dalam pelbagai jenis kualiti. Daripada kualiti resolusi video serendah 240 sehinggalah resolusi video yang berdefinisi tinggi 1080p (HD) (tidak boleh muat turun video size 4K lagi). Selain itu aplikasi ini membolehkan anda memuat turun audio sahaja seperti format .mp3.

Settings

Di bahagian ini anda boleh menetapkan lokasi video yang ingin dimuat turun, notifikasi dan lain-lain.

Cara Penggunaan

Apa yang anda perlu lakukan ialah membuka laman web Youtube. Kemudian salin (copy) alamat video tersebut dan tampalkan (paste) ke ruang yang disediakan pada bahagian Downloads.

Ataupun anda boleh sahaja menggunakan bahagian Search untuk mencari video kegemaran anda. Selepas itu anda boleh memilih jenis format video ataupun audio di ruang Format. Kemudiannya pilih kualiti video atau audio di ruang Quality. Akhir sekali klik butang Grab this clip!

Proses memuat turun akan mengambil sedikit masa, bergantung kepada kelajuan internet, jenis kualiti video yang dipilih dan kepantasan komputer anda. Jika anda hanya memuat turun audio sahaja, ia tidak akan mengambil masa yang lama.

Anda juga boleh membatalkan proses muat turun yang sedang berjalan dengan memilih mana-mana proses yang dikehendaki dan klik pada butang Cancel selected download.

Dapatkan aplikasi ClipGrab.

Aplikasi ClipGrab ini boleh anda muat turun di laman web clipgrab.org secara percuma. Selamat mencuba. 🙂

Artikel Berkaitan

Selepas buka akaun Apple… Sambungan dari artikel Cara membuka akaun Apple. Baik, ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini, Cara membuka akaun Apple. Cerita tadi tak habis...
4 sebab Mac anda lembab terkedek-kedek…bahag... Sebelum ini ariffmac telah berkongsi tentang kenapa "4 sebab Mac anda slow terhegeh-hegeh…bahagian 1". Permasalahan bagi pihak anda sebagai pengguna ...
Aplikasi Safari Crash…lagi?! Penyelesaian bagi aplikasi Safari yang seringkali Crash...buat masa ini. Baru-baru ini terdapat ramai pengguna aplikasi pelayar web Safari Mac OSX da...
Tips Aplikasi Safari : Gunakan Pin Tab Fungsi berguna yang mungkin anda sendiri tidak tahu ada pada aplikasi Safari. Aplikasi Safari merupakan sebuah aplikasi pelayar web yang popular dika...
ResizeIt Aplikasi Mengecilkan Saiz Fail Gambar Kecilkan dan tukar format gambar anda. Biasanya apabila anda mengambil gambar ataupun membuat grafik komputer anda pasti akan menyimpannya dalam form...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen

Entri lain

Perhatian program pembaikan video MBP dilanjutkan Pada 2 hari yang lepas, pihak Apple telah memanjangkan lagi tempoh program pembaikan grafik video Macbook Pro. Tempoh program...
Apple Inc. meraikan Hari Bumi Apple dalam mood menghijaukan bumi. Tarikh 22 April 1970 adalah merupakan tarikh bersejarah bagi bumi di mana Hari Bumi tela...
Mac kebal dari virus…ke? Dikemaskini. Mac kebal dari virus komputer, tapi... Sejak ariffmac mula menggunakan Mac, belum pernah lagi ariffmac memasu...
Update terbaru untuk JAVA dan Flash Kemaskini terbaru untuk Java. Oracle baru sahaja memuat naik fail kemaskini plug in JAVA sebentar tadi. Fail update tersebut...
Deadpool buat kacau di iTunes Store Deadpool meneruskan kegilaannya di iTunes Store. Sekiranya anda masih belum menonton filem Deadpool lakonan Ryan Reynolds, k...