Kemaskini kali ke 6 untuk macOS versi beta.
Apple hari ini sekali lagi memuat naik fail kemaskini bagi macOS Sierra 10.12.4 versi Public Beta. Ia merupakan kemaskini kali yang ke 6. AriffMac jangkakan mungkin akan ada kemaskini kali ke 7 dan mungkin juga adalah yang terakhir pada minggu hadapan. Selepas itu para pengguna Mac akan mula boleh mengemaskini Mac mereka kepada versi penuh macOS 10.12.4.
Dalam versi 10.12.4 ini Apple memperkenalkan ciri terbaru iaitu mod Night Shift serta beberapa ciri yang lain. Jika anda ingin menggunakan macOS versi beta, anda perlulah mendaftar di Apple Beta Software Program. Pendaftaran adalah percuma. Kecualilah jika anda ingin mendaftar sebagai pembangun aplikasi untuk Apple.
