
Dikemaskini pada 11.40a.m, 25 Julai 2018.
Selepas Macbook Pro 15″ 2018 yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core i9 dikemaskini, prestasi MBP tersebut kembali seperti yang sepatutnya ia berfungsi. Anda boleh lihat penjelasan yang dibuat oleh vLogger YouTube Dave Lee di bawah.
Kemaskini ini khusus untuk Macbook Pro model 2018 sahaja.
Apple sebentar tadi baru saja melepaskan kemaskini terbaru bagi pengguna macOS High Sierra 10.13.6. Walaubagaimanapun, ia adalah kemaskini tambahan yang khusus bagi mereka yang memiliki Macbook Pro model 2018.
Kemaskini ini menyatakan ia adalah bagi menambah baik kestabilan dan realibiliti Macbook Pro panel Touch Bar (2018).
Namun begitu, daripada kenyataan rasmi Apple yang dikongsikan oleh pihak Ars Technica, kemaskini tersebut adalah bagi membetulkan semula kestabilan prestasi Macbook Pro 2018 yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core i9.
Ia berikutan pendedahan oleh seorang vlogger YouTube bernama Dave Lee yang telah menguji spesifikasi MBP tersebut.
Hasil ujian yang dilakukan beliau mendapati prestasi MBP dengan spesifikasi Intel Core i9 akan beroperasi lebih perlahan daripada keupayaannya sebenarnya apabila MBP tersebut mengoperasikan tugas-tugas berat.
Jadi, kemaskini ini dijangka akan dapat membetulkan masalah prestasi MBP tersebut. Berikut adalah kenyataan rasmi dari jurucakap Apple yang disiarkan oleh pihak Ars Technica:
“Following extensive performance testing under numerous workloads, we’ve identified that there is a missing digital key in the firmware that impacts the thermal management system and could drive clock speeds down under heavy thermal loads on the new MacBook Pro.
A bug fix is included in today’s macOS High Sierra 10.13.6 Supplemental Update and is recommended. We apologize to any customer who has experienced less than optimal performance on their new systems.
Customers can expect the new 15-inch MacBook Pro to be up to 70% faster, and the 13-inch MacBook Pro with Touch Bar to be up to 2X faster, as shown in the performance results on our website.”
Jadi, kepada anda yang mungkin telah memiliki Macbook Pro model 2018 yang terbaru ini, bolehlah memuat turun fail kemaskini tersebut terus dari Mac App Store di bahagian Updates.
Atau anda boleh menggunakan capaian ini bagi memuat turun secara berasingan fail kemaskini macOS High Sierra 10.13.6 Supplemental Update for MacBook Pro (2018) yang bersaiz 1.31 GB.
Macbook Pro dengan Panel Touch Bar model 2018 merupakan model MBP terbaru yang telah dinaik taraf perkakasannya dari model MBP 2017. Anda sudah boleh menempah MBP tersebut menerusi laman web rasmi Apple.

























[…] bulan lepas, Apple telah pun melepaskan kemaskini macOS High Sierra 10.13.6 Supplemental Update 1. Ia selepas kontroversi Macbook Pro terbaru yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core i9 didapati […]