Apple perkenalkan MacBook Rose Gold

Apple perkenalkan MacBook dengan warna dan pemprosesan terbaru.

Semalam Apple Inc. telah menambahkan lagi pilihan warna bagi MacBook dengan warna Rose Gold. Warna terbaru ini pastinya menjadi pilihan utama bagi para wanita.

Selain itu, Apple turut menaik taraf perkakasan MacBook dengan menggunakan kuasa pemprosesan 1.1GHz dual-core Intel Core m3. Malah Apple juga menaik taraf RAM bagi MacBook. Kini setiap MacBook dibekalkan dengan 8GB 1866MHz LPDDR3 SDRAM (sebelum ni hanya 4GB je).

Apple juga turut menaik taraf ketahanan bateri MacBook. Menurut Apple, bateri MacBook terbaru ini mampu bertahan sehingga 10 jam (sebelum ini hanya 9 jam).

Terdapat 2 pilihan model dan 4 pilihan warna MacBook yang boleh anda pilih.

Harga terbaru MacBook ini bermula dari RM5499. Sebelum ini harga MacBook bermula dari RM5899. Ini mungkin disebabkan oleh nilai Ringgit yang semakin mengukuh semula (dah macam report hal ekonomi pulak).

Tetapi jika anda rasa harga MacBook ini masih mahal, anda boleh dapatkan MacBook terdahulu yang menggunakan kuasa pemprosesan Intel Core M dengan 4GB RAM (selagi stok masih ada dari pembekal rasmi produk Apple sahaja) dengan harga bermula dari RM4599. Tetapi tiada pilihan warna Rose Gold. Sebelum ini MacBook hanya ditawarkan dengan 3 pilihan warna sahaja iaitu, Silver, Space Gray dan Gold.

Bagi info lebih lanjut tentang MacBook terbaru ini, anda boleh layari di apple macbook. Anda sudah boleh menempahnya sekarang dari laman web tersebut. Tempoh penghantaran akan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Bergantung kepada lokasi tempahan. Kos penghantaran pula adalah percuma.

Artikel Berkaitan

Aplikasi Mactracker, segala-galanya tentang Apple Aplikasi Mactracker merupakan sebuah aplikasi yang amat unik. Aplikasi ini mengumpulkan segala maklumat produk yang Apple pernah hasilkan. Bermula dar...
7 lagi punca penyebab Mac anda lembab terhegeh-heg... Masalah Mac anda tidak berfungsi dengan baik dan lembap terhegeh-hegeh masih belum selesai ke? Masalah perisian, aplikasi dan tabiat anda sendiri suda...
Kemaskini bagi iOS 9.3.1 iOS 9.3.1 Pagi ini ariffmac dapati terdapat update bagi iOS 9.3.1. Kemaskini tersebut adalah berkaitan dengan pembaikan bagi aplikasi Safari yang dis...
Review aplikasi XtraFinder Maksimakan penggunaan Finder Mac OSX dengan XtraFinder. Finder Mac OSX mempunyai pelbagai ciri menarik. Antara ciri menarik terbaru adalah Tab. Ia me...
Kongsi fail dengan AirDrop AirDrop memudahkan anda berkongsi fail antara Mac dan peranti iOS. AirDrop mula diperkenalkan pada Mac OSX Lion 10.7. Tetapi ciri tersebut pada awaln...
Pastikan Mac OSX anda sentiasa bersiap-siaga! Sejak kebelakangan ini, Mac OSX telah menghadapi serangan bertubi-tubi daripada penggodam komputer dalam pelbagai bentuk. Malware, adware, spyware dan...
Naik tarafkan perkakasan Mac anda Menaik tarafkan Mac? Apa yang anda perlu tahu. Bagi anda yang mempunyai Mac keluaran 2010, ataupun mungkin lebih lama dari itu pasti ingin menaik tar...
Review aplikasi MachineProfile Ketahui profil Mac anda dengan MachineProfile. Sekiranya anda menggunakan Mac, belum tentu anda kenali sepenuhnya Mac tersebut. Kadang-kadang pada wa...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Leave a Reply

Entri lain

Muat turun Mac OSX 10.11.4 El Capitan sekarang Walaubagaimanapun, ia bukanlah kemaskini utama bagi Mac OSX Apple telah memuat naik fail update bagi Mac OSX El Capitan yang...
Hai Siri, kau dah kenape…ha? Adakah Siri faham apa yang anda cakap? Pernahkah anda cuba Siri pada iPhone, iPad dan iPod Touch dalam bahasa Melayu? Secara...
Aplikasi VOX alternatif pemain muzik iTunes Bosan dengan iTunes? Cuba aplikasi VOX! iTunes merupakan sebuah aplikasi popular yang dibangunkan khas oleh Apple untuk mema...
7 lagi punca penyebab Mac anda lembab terhegeh-heg... Masalah Mac anda tidak berfungsi dengan baik dan lembap terhegeh-hegeh masih belum selesai ke? Masalah perisian, aplikasi dan...
Review aplikasi Betternet Jika sesebuah laman web di block oleh syarikat, gunakan Betternet untuk layarinya. Pernah tak anda nak layari sesebuah laman...
Temubual bersama Abang Isazaly ariffmac menemubual pengasas bersama Kino-i Pictures. Pada hari Isnin minggu lepas, ariffmac telah pergi ke Kuala Lumpur unt...
Perhatian Installer Mac OSX sebelum 14 Feb 2016 ti... Baru-baru ini ariffmac cuba untuk memasukkan semula Mac OSX ke dalam Mac Mini. Tetapi tiba-tiba timbul pulak amaran kotak d...
Kongsi fail dengan AirDrop AirDrop memudahkan anda berkongsi fail antara Mac dan peranti iOS. AirDrop mula diperkenalkan pada Mac OSX Lion 10.7. Tetapi...