Review aplikasi MachineProfile
Ketahui profil Mac anda dengan MachineProfile.
Sekiranya anda menggunakan Mac, belum tentu anda kenali sepenuhnya Mac tersebut. Kadang-kadang pada waktu tertentu anda memerlukan maklumat-maklumat penting dari Mac anda. Seperti jenis pemprosesan unit yang digunakan, tahun ia dibuat dan macam-macam lagi. Walaupun anda dapat menyemaknya dengan menggunakan System Information, ia agak mengelirukan dan sukar untuk anda fahami. Malah maklumat yang diberikan juga adalah terhad.
Aplikasi MachineProfile
MachineProfile membantu anda mengenali Mac dengan lebih mudah. Anda boleh ketahui jenis Mac yang digunakan, tahun ia dibuat, jenis prosessor yang digunakan, di mana Mac tersebut dikilangkan dan banyak lagi.
Sekiranya anda menggunakan Mac keluarga Macbook, anda juga boleh dapatkan maklumat tentang bateri Macbook anda. Maklumat yang diberikan adalah terperinci.
Dapatkan MachineProfile
Anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma terus dari laman web Micromat ataupun muat turunnya di AppStore.
Tinggalkan Komen