Pelayar web Tor melindungi privasi anda
Tor memastikan privasi anda sentiasa terjamin ketika anda melayari internet.
Anda mungkin tidak sedar, setiap kali anda melayari sesebuah laman web, data anda seperti perlakuan anda ketika melayari internet sebenarnya dikumpul oleh organisasi pemantau internet seperti Google, Facebook dan organisasi kerajaan seperti NSA (National Security Agency) US, (kalau Malaysia SKMM lah). Setiap kali anda melayari internet, data-data penting seperti lokasi, posting yang dibuat di media sosial dan pelbagai lagi aktiviti yang anda lakukan di internet diperhatikan oleh organisasi-organisasi tersebut (depa dok tengah perhati ariffmac kot la ni).
Jadi bagi mengelakkan data-data tersebut dikutip oleh mereka, anda amat memerlukan pelayar web yang boleh menjamin privasi anda sepanjang anda melayari internet.
Aplikasi pelayar web Tor
Rangkaian Tor diwujudkan oleh sekumpulan pelayan (server) sukarelawan yang beroperasi bagi membolehkan orang ramai untuk meningkatkan privasi dan keselamatan mereka di Internet. Tor akan melindungi privasi anda di internet dengan melindungi lokasi, nama, alamat IP internet anda dan banyak lagi. Apabila anda menggunakan Tor, segala maklumat anda akan dirahsiakan (encrypts) menggunakan protokol wrapper paket. Pelayar web biasa tidak menggunakan protokol seperti ini.
Cara penggunaan
Untuk menggunakan Tor, anda perlu lakukan penetapan terlebih dahulu.
Selepas sambungan ke rangkaian Tor berjaya, anda sudah boleh menggunakan aplikasi tersebut. Kalau anda amati antaramuka aplikasi Tor ini, anda akan dapati terdapat persamaan antaramukanya dengan aplikasi pelayar web FireFox. Cuma bezanya adalah Tor dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.
Anda juga boleh mengubah tahap keselamatan yang dikehendaki di bahagian Privacy and Security Settings…
Kesimpulannya
Apa yang ariffmac boleh katakan adalah, sekiranya anda seorang yang amat mementingkan privasi, keselamatan di alam maya atau tidak mahu menggunakan aplikasi VPN seperti Betternet, Tor merupakan aplikasi yang dapat memberikan segala yang anda kehendaki. Tor bukanlah kebal dari diceroboh, tetapi ia dapat meningkatkan tahap kesukaran kepada penggodam untuk menjejaki anda. Aplikasi Tor boleh anda muat turunnya secara percuma dari laman web torproject. Selain Mac, aplikasi Tor ini juga ada bagi platfom Windows, Linux/Unix dan android.
Tinggalkan Komen