Kemaskini macOS 10.12.4 Public Beta 7.
Hari ini Apple sekali lagi memuat naik fail kemaskini bagi macOS 10.12.4 Public Beta. Ia merupakan versi beta ke 7 bagi macOS ini. Kemaskini ini dimuat naik bagi para pengguna macOS yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program tidak lama selepas versi ke 6 dimuat naik beberapa hari yang lalu. Kemaskini kali ke 7 ini menandakan semua pengguna Mac tidak lama lagi (mungkin minggu hadapan) akan dapat mula menaik taraf macOS mereka ke versi penuh macOS Sierra 10.12.4.
macOS Sierra 10.12.4 dilengkapi dengan ciri utama iaitu mod Night Shift serta beberapa ciri lain. Jadi sebelum mengemaskini macOS anda, ada baiknya pengguna Mac sekalian membuat salinan (back up) bagi persediaan sebelum menasik taraf macOS anda nanti. Untuk back up Mac, anda boleh menggunakan perisian tersedia dalam oleh Apple iaitu Time Machine ataupun menggunakan perisian dari pihak ketiga seperi Carbon Copy Cloner.
