Tetapan bagi fungsi tambahan Trackpad Mac.
Mungkin ada dikalangan anda yang baru membeli atau hendak berjinak-jinak dengan komputer Macintosh. Sambil menerokai Mac, anda mungkin tercari-cari fungsi-fungsi lain yang boleh anda lakukan dengan trackpad yang ada di MacBook atau aksesori trackpad yang baru anda beli untuk menggunakannya bersama dengan iMac. Mac Mini atau Mac Pro. Sebelum ini sudah pun AriffMac kongsikan pelbagai fungsi trackpad yang boleh anda buat.
Tetapi sebenarnya tetapan bagi fungsi trackpad bukan hanya ada di situ sahaja, tetapi juga di bahagian Accessibility. Di sini AriffMac akan tunjukkan cara menggunakan fungsi tarik dan lepas (drag & lock) trackpad.
1. Accessibility
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan pergi ke System Preferences. Selepas itu klik pada ikon Accessibility.
2. Mouse & Trackpad
Kemudian, cari dan klik pada tetapan Mouse & Trackpad. Selepas itu klik pada butang Trackpad Options… seperti rajah di atas.
3. Enable dragging
Akhir sekali anda klik pada ruang kotak Enable dragging dan pilih pilihan yang anda mahukan cara untuk anda menggunakan fungsi tarik dan lepas di sini. Terdapat 3 pilihan yang boleh dipilih iaitu without drag lock, with drag lock dan three finger drag. Anda boleh cuba sendiri cara yang sesuai dengan anda. Tetapan yang biasa AriffMac tetapkan di sini adalah three finger drag.
Selamat mencuba.


