"/>

Kemaskini terbaru iOS 10.0.2

Kemaskini segera peranti iOS anda

Hari ini Apple telah mengeluarkan kemaskini terbaru iOS 10. Kemaskini ini adalah yang pertama selepas iOS 10 boleh digunakan sepenuhnya di semua peranti iOS sejak 14 September 2016 yang lepas. Jadi anda boleh memuat turun fail kemaskini terus dari peranti iOS anda ataupun menerusi iTunes App Store (selepas peranti disambung ke komputer). Kemaskini iOS 10.0.2 ini adalah bagi membaik pulih kawalan audio dari headphone dan aplikasi iPhoto di mana sebahagian pengguna mengalami masalah dengan aplikasi tersebut yang terkeluar secara tiba-tiba apabila fungsi iCloud di aplikasi tersebut diaktifkan.

Kemaskini ini adalah untuk peranti iOS iPhone 5 ke atas, iPad generasi ke 4 ke atas dan iPod touch generasi ke 6 dan ke atas. Maklumat lanjut berkaitan kemaskini ini boleh ana ke laman web rasmi Apple. Inc.

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Kini beliau bertugas sebagai Tutor Sambilan di UPSI dan Pensyarah Sambilan di UUM.

Tinggalkan komen anda...