Kemaskini terbaru Safari 10 untuk Mac OS X

Walaupun macOS Sierra muncul dengan megahnya, Mac OS X tetap tidak dilupakan

Pada hari ini, semua pengguna Mac sedang sibuk memuat turun macOS Sierra iaitu sistem operasi bagi Mac yang menggantikan Mac OS X. Namun begitu ariffmac dapati ramai juga yang kecewa kerana Mac merka sudah tidak lagi boleh dinaik taraf kepada macOS terbaru ini. Namun begitu anda jangan kecewa kerana Apple masih lagi mengambil berat dengan aplikasi-aplikasi mereka di Mac OS X. Buktinya Apple turut mengeluarkan kemaskini bagi aplikasi pelayar web Safari untuk pengguna Mac OS X.

Walaubagaimanapun, kemaskini Safari 10 untuk Mac OS X ini lebih kepada penambahbaikan dari aspek kestabilan dan keselamatan aplikasi tersebut. Ciri terbaru Safari di macOS seperti Picture in picture tetap tidak boleh digunakan oleh Safari 10 di Mac OS X. Kemaskini ini adalah khas untuk pengguna Mac yang masih menggunakan Mac OS X Yosemite v10.10.5 dan OS X El Capitan v10.11.6. Jadi, apa boleh buat…beli Mac baru lah. 😉

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Kini beliau bertugas sebagai Tutor Sambilan di UPSI dan Pensyarah Sambilan di UUM.

  • dkromok

    Salam , boleh tak ajar cara unlock macbook pro guna apple watch? da update mac0s Sierra,tapi kat setting>> security &privacy takde function apple watch

    • Saya sendiri belum guna Apple Watch dan belum cuba lagi cara nak unlock mac dari AW. Tapi saya boleh kongsi link yang tunjukkan cara nak guna features tu. Tuan boleh cuba link ni http://www.cultofmac.com/441405/how-to-use-apple-watch-to-unlock-your-mac-in-macos-sierra/
      Terima kasih tuan 🙂

  • Pingback: Fungsi terbaru macOS Sierra: Picture in Picture - ariffmac()