Selepas 3 tahun akhirnya Mac Pro dinaik taraf, tapi…

In Mac On
- Updated

Walau dinaik taraf, Mac Pro tetap tong sampah.

Mac Pro atau lebih dikenali sebagai tong sampah dikalangan pengguna Mac dikhabarkan akan dinaik taraf perkakasannya oleh Apple pada hari ini. Mac Pro dengan desain baru yang menyerupai tong sampah telah diperkenalkan oleh Apple pada bulan Jun 2013 dahulu. Jika sebelum ini pilihan Mac Pro bermula dari kuasa pemprosesan Intel Xeon 5 Quad Core, tetapi kini pilihan standad bagi Mac Pro adalah bermula dengan Intel Xeon 5, 6 Core serta didatangkan bersama kad grafik berkembar AMD G500. Harga Mac Pro adalah bermula dari RM12,999.00.

Walaubagaimanapun tiada perubahan penambahan sambungan yang ada pada Mac Pro ini seperti sambungan peranti Thunderbolt 3 aka USB-C. Berita terbaru yang berkaitan dengan Mac Pro mengatakan Apple akan mengeluarkan versi terbaru Mac Pro pada tahun 2018 nanti dengan desain serta monitor Apple terbaru. Jadi buat masa ini, Mac Pro inilah yang terbaik mampu Apple berikan kepada para pengguna Mac terutamanya dalam bidang profesional industri kreatif.

Jadi pada pendapat AriffMac, Mac Pro yang ada sekarang masih tetap dalam kategori tong sampah….

P/s: Setakat berita ini ditulis, Apple masih belum mengemaskini laman web mereka untuk bahagian Mac Pro. Spesifikasi bagi Mac Pro masih dipaparkan perkakasan yang lama.

Leave a reply:

Your email address will not be published.