Perhatian kepada pengguna Windows

Buang aplikasi Quicktime jika anda tidak menggunakannya.

Jika anda pengguna Windows dan terdapat aplikasi namanya Quicktime dan anda memang tidak menggunakannya pun, adalah dinasihatkan supaya anda membuang aplikasi tersebut. Ini kerana, menurut maklumat daripada syarikat keselamatan perisian komputer Trend Micro, Apple tidak lagi akan menyelenggara aplikasi tersebut dengan kemaskini terbaru bagi Quicktime.

Ini berikutan daripada penemuan kecacatan keselamatan pada aplikasi tersebut oleh laman web Zero Day Initiative. iaitu sebuah laman web pemantau keselamatan internet. Hasil penemuan oleh laman web tersebut mendapati kelemahan keselamatan aplikasi Quicktime membolehkan penggodam memasukkan kod sesuka hati terhadap aplikasi QuickTime. Ini membolehkan penggodam mengeksploitasi kelemahan ini dan mengawal komputer anda. Cara untuk membuang aplikasi tersebut ada diterangkan di laman web Apple Support.

QuickTime adalah aplikasi pemain multimedia percuma. Anda boleh menggunakannya untuk melihat pelbagai jenis fail seperti video, audio, gambar, grafik dan filem realiti maya (VR). Ia merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Apple. Tarikh terakhir Apple mengemaskini aplikasi Quicktime ialah pada Januari 2016 yang lalu. Quicktime terbaru di Windows adalah versi 7.7.9, manakala untuk Mac pula adalah Quicktime 10.4. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang isu keselamatan ini, anda boleh layari laman web Trend Micro dan Zero Day Initiative.

 

Artikel Berkaitan

Aplikasi Onyx Penyelenggara Sistem Operasi Mac OSX Dikemaskini. Menyelenggara sistem operasi Mac OSX supaya sentiasa dalam keadaan terbaik Komputer Apple beroperasi dengan menggunakan perisian Macin...
Aplikasi Xmarks penanda web Safari Pening menguruskan bookmark? Ada aplikasi yang boleh membantu anda. Aplikasi Xmarks merupakan sebuah aplikasi yang membantu anda menyimpan setiap lam...
Kesan & buang malware dan adware dengan Aplik... Malware merupakan perisian atau sebuah program fail yang dibangunkan dengan berniat jahat iaitu membawa kemudaratan (kacau-bilau) di dalam sistem op...
Naik tarafkan perkakasan Mac anda Menaik tarafkan Mac? Apa yang anda perlu tahu. Bagi anda yang mempunyai Mac keluaran 2010, ataupun mungkin lebih lama dari itu pasti ingin menaik tar...
Mari menonton acara Apple secara langsung Pada malam ini, Apple inc. akan memperkenalkan barisan produk barunya di ibu pejabat Apple, Cuppertino, California. Kurang 6 jam dari sekarang acara t...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen

Entri lain

4 sebab Mac anda slow terhegeh-hegeh…bahagia... Mac OSX sebuah perisian komputer Apple yang sofistikated dengan mempunyai beratus fungsi serta ciri-ciri canggih yang anda su...
Laman web Apple Support diperbaharui Kini laman web Apple Support lebih mesra pengguna. Apple Inc. telah melakukan perubahan untuk bahagian pengguna di laman web...
Apple klasifikasikan MBP 15″, 17″ (201... Pada 8 Mac yang lalu, Apple telah menambahkan lagi koleksi produk vintaj mereka. Macbook Pro 15", 17" edisi pertengahan 2010 ...
Memahami fungsi General dalam System Preferences System Preference Mac OSX merupakan pusat setting Mac untuk anda jadikan Mac anda bersfungsi mengikut citarasa anda. Seperti ...
kemaskini Terbaru Mac OS X 10.11.5 Kemaskinikan Mac OS X anda segera! Pada awal pagi tadi, Apple Inc. telah memuat naik fail kemaskini terbaru bagi Mac OS X El...