Pastikan kabel iPhone & iPad anda certified Apple
Jangan gunakan kabel yang tidak sah (not certified) bagi peranti iPhone dan iPad.
Perhatian kepada pemilik iPhone, iPad dan iPod Touch, ariffmac nasihatkan kepada anda supaya tidak menggunakan kabel Lightning to USB palsu atau yang tidak diiktiraf oleh Apple. Memang ramai dikalangan anda yang biasanya membeli kabel tersebut di kedai-kedai yang menjual aksesori gajet. Tetapi tahukah anda, penggunaan kabel yang tidak sah akan merosakkan peranti tersebut.
Masalah ini bermula apabila Apple memperkenalkan sambungan terbaru bagi iPhone 5 yang menggunakan sambungan kabel generasi baru Lightning to USB. Ramai pemilik iPhone 5 mengadu kerana berlaku kerosakan pada sambungan iPhone 5 mereka. Ini semua disebabkan oleh ramai pemilik iPhone menggunakan kabel yang tidak sah atau palsu untuk caj iPhone mereka. Penggunaan kabel tersebut telah merosakkan perkakasan dalaman peranti Apple.
Jadi jangan sekali-kali anda membeli kabel yang tidak sah untuk caj peranti Apple anda. Untuk mengetahui kabel Lightning to USB anda boleh digunakan atau tidak, anda hanya perlu sambungkan ke iPhone atau iPad. Jika kotak dialog keluar memberikan amaran seperti rajah di bawah, adalah sebaiknya anda jangan gunakan kabel tersebut.
Malah pihak Apple telah memberikan peringatan dan nasihat kepada pemilik peranti iOS supaya hanya menggunakan kabel Lightning to USB asli atau yang telah disahkan Apple. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut cara mengenal pasti antara kabel yang palsu dan original, anda boleh klik di sini. Anda masih boleh menggunakan kabel dari third party seperti Targus, MFi, Belkin dan banyak lagi. Biasanya jenama-jenama tersebut telah diiktiraf Apple dan harganya sedikit mahal berbanding yang palsu.
Tinggalkan Komen