Ciri terbaru macOS Sierra: Manage… Optimized Storage
Optimized Storage membolehkan anda menguruskan ruang storan Mac dengan lebih berkesan.
Bagi anda yang menggunakan Mac OS X, menguruskan ruang storan Mac memang agak menyusahkan. Ramai pengguna Mac mengeluh dengan data yang tidak diketahui puncanya telah memakan ruang storan Mac mereka. Walaupun ada yang menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Clean My Mac, AppCleaner dan lain-lain, ia masih juga tidak mampu menyelesaikan masalah ruang storan yang hampir penuh. Ia merupakan satu masalah yang menjengkelkan pengguna Mac sejak sekian lama.
Namun begitu, pengguna Mac tidak akan lagi berdepan dengan masalah tersebut dalam perisian terbaru macOS Sierra.
Cara penggunaan
Untuk mengaktifkan fungsi Manage… ini, anda klik pada logo Apple dan pilih About This Mac.
Selepas itu akan keluar paparan info ringkas tentang Mac anda serta tab mengikut kategori. Anda pilih tab Storage. Di sini anda akan dapat melihat baki ruang storan Mac anda yang masih ada. Juga jenis kandungan data yang ada di dalam Mac tersebut yang diasingkan mengikut warna tertentu.
Butang Manage… tersebut merupakan ciri terbaru macOS Sierra yang membolehkan anda melihat dengan lebih jelas kandungan fail data yang ada di dalam Mac anda.
Recommendations
Di bahagian ini anda boleh menguruskan data-data di dalam Mac secara automatik. Terdapat 4 pilihan yang boleh anda lakukan di sini iaitu :-
- Store in iCloud - Hanya dengan klik pada butang Store in iCloud…segala fail data di dalam mac anda akan disimpan ke dalam ruang storan akaun iCloud anda. Cuma anda perlu pastikan storan iCloud anda mencukupi. Storan iCloud sebanyak 5GB diberikan secara percuma apabila anda mendaftar ID akaun Apple. Kalau storan iCloud dah penuh kena belilah tambah lagi (kalau nak lah).
- Optimize Storage - Bahagian ini adalah khusus bagi aplikasi iTunes. Mac secara automatik akan membuang kandungan dari iTunes movies dan TV Shows yang telah anda tonton di Mac.
- Empty Trash Automatically - Pada pandangan ariffmac, ada baiknya abaikan fungsi ni. Jangan hidupkan fungsi kosongkan tong sampah Mac secara automatik. Manalah nak tau kan…
- Reduce Clutter - Fungsi ini membolehkan anda melihat data-data yang berbentuk dokumen serta data-data fail yang lain. Anda boleh memilih kandungan data atau fail yang hendak dibuang dari sini.
Jika anda sudah menggunakan macOS Sierra Public Beta, bolehlah anda mencuba ciri baru tersebut. Jika anda ingin mencuba macOS terbaru dari Apple ini, bolehlah mendaftar di Apple Software Beta Program. Kalau nak tahu macOS ini stabil atau tidak boleh baca review yang sudah ariffmac buat sebelum ini. macOS Sierra akan mula boleh digunakan sepenuhnya oleh para pengguna Mac diseluruh dunia kemungkinan seawal bulan September nanti. 🙂

Tinggalkan Komen