Terbaru : Kemaskini iOS 9.3.4
Kemaskini peranti iOS anda sekarang.
Terdapat kemaskini terbaru bagi peranti iOS dari pada Apple. Menurut Apple, ia berkaitan dengan isu…
“A memory corruption issue was addressed through improved memory handling”.
Apa yang menariknya adalah isu tersebut telah ditemui oleh komuniti Jailbreak Pangu dari China. Apple telah memberikan kredit kepada komuniti tersebut. Kemaskini iOS ini adalah untuk peranti iOS iPhone 4s ke atas, iPad 2 ke atas dan iPod touch (gen 5) ke atas sahaja.
Apple tidak lama lagi (kemungkinan bulan September) akan mengeluarkan iOS 10 terbaru yang mempunyai pelbagai ciri menarik. Jika anda ingin mencuba iOS 10 sekarang diperanti anda, bolehlah mendaftar di Apple Beta Software Program. Cuma pastikan terlebih dulu adakah peranti anda layak untuk menggunakan iOS 10 tersebut. iOS 10 hanya boleh digunakan pada peranti berikut :-
- iPhone 5 ke atas
- Semua model iPad Air dan iPad Pro
- iPad generasi ke 4
- iPad mini 2 ke atas
- iPod touch generasi ke 6
Untuk maklumat lanjut berkaitan kemaskini ini, sila layari ke apple support.

Tinggalkan Komen